Hampir seminggu jugak blog ni tak berupdate. Baru perasan hari tu yang wayar laptop tertinggal dalam locker sorang cikgu. Cikgunya pulak da balik ke Johor. Nasib baik la model laptop ni sama dengan yang husband punya. Boleh la pinjam dulu. Tapi.. macam ada perkiraan hendak membeli laptop baru. PERKIRAAN ya. Masih dalam peringkat menilai. Heheh.
Peperiksaan bertulis SPM dah bermula 23 Nov yang lepas. Aku bertugas jadik pengawas bagi Pusat LA ***. Ceyh ceyh.. Rahsia pulak.. Hahaha.. Aku tak apply pun nak jadi pengawas SPM tetiba je nama dicalonkan. Geram? Geram la jugak. Sebab da plan nak balik kampung T_T. Raya puasa hari tu balik kampung husband, Raya Haji pulak cuti dua hari saja. Ingatkan boleh la balik kampung lama sikit. Geram sangat-sangat sebenarnya. Sesuka hati je orang yang berkenaan bagi nama pada Unit Peperiksaan TANPA sepatah kata langsung. Tup..Tup terus da dapat surat pelantikan. Cissss..
Marah-marah pun tak guna.. Redha je lah.. Semoga Allah balas dengan kebaikan. Amiin :)))
Sepanjang Sukan Asia berlangsung, aku agak mengikuti jugak la acara-acara yang disiarkan dalam tv. Macam-macam ragam dan karenah manusia. Tapi aku tabik kepada para atlit yang bersemangat kental. Kalau aku ayng dicampak atas trek suruh lari 10000m, alamat kalau dah agak-agak takdapat tempat pertama hinga ketiga aku dah cabut dulu. DNF. Huhu. Tapi atlit yang bertanding ni memang layak la wakil negara. Walaupun sudah ketinggalan beberapa pusingan, masih juga meneruskan sehingga selesai walaupun terakhir sekali sampai.
Lepas tu, banyak pula acara akhir yang aku tengok penuh debaran. Yang leading sepanjang pertandingan tu peserta/pasukan lain, tengok-tengok bila sudah hampir tamat masa atau dipenghujung pertandingan kalah pula. Simpati sangat-sangat. Tapi apakan daya, BEST MAN WINS.
Logo Sukan Asia Guangzhou 2010.
(nabil-potter.blogspot.com)
Pasukan hoki Malaysia yang menggegarkan kerana k layake pusingan akhir
(www.hazmanfadzil.com)
Jadi, pengajaran yang aku dapat : Tidak kiralah bagaimana permulaannya, yang penting adalah bagaimana ia berakhir.
Dato' yang dikagumi. Tahniah Nicole!
(sportsinmalaysia.blogspot.com
Lin Dan Bayar nazar kee?
Salam Hujung Minggu :)
No comments:
Post a Comment