Sunday, October 25, 2009
kenapa dalam dunia ni ada orang dengki?
aku xtau la kenapa sapoaku aka mr terlalu dengki atau mcm xpuas hati dgn aku.
(rujuk chatbox dengan comment pada entri kuidam keletihan)
utk pengetahuan, identiti sapoaku atau mr ni 'kami' dah tau. 'kami' sudah berbincang dan menyimpulkan 'dia'lah 2 identiti itu.
sebab apa? sebab aku xpernah ada kenalan jauh sekali status kawan yang ada mulut jahat mcm ni. aku pun xpasti la apa yang die mcm dengki sgt atau xpuas hati sgt dengan aku sebab aku yakin dalam sedar aku xde pulak kacau hidup dia. in fact, mungkin makhluk ni xpuas hati sebab pernah tolak pelawaan join aktiviti dia satu ketika dulu yang bagi aku sooo childish and stupid.
blog ni aku buat utk share update aku or cerita2 merapu aku dengan kawan2 yg lain. so,kalau la sapoaku a.k.a mr ni rasa meluat baca blog ni, silakan jalan. pergi lah isi masa lapang anda dengan aktiviti yang biasa anda buat tanpa menyusahkan orang lain.
aku akan teruskan tulis apa jugak yg aku suka kat blog aku ni. sebab ini blog aku. kalau ko nak mem'bitching', sila pergi tempat lain.
p/s : tak faham kenapa ada makhluk macam ni di dunia ni.
Monday, September 21, 2009
Salam Lebaran
Tahun ni tahun pertama beraya sebagai isteri dan tanpa suami. Ya. Suami bertugas sampai raya ke-4. Isk..isk.. Jadi, saya hanya beraya bersama keluarga macam tahun-tahun lepas :) Rasa mamcam bujang pulak ;)
Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf jika selama ini ada perbuatan atau kata-kata mahupun penulisan yang menyinggung perasaan. Saya dan suami ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
&
SEMOGA KITA SEMUA ENDAPAT KEBERKATAN AIDIL FITRI INI :)
p/s : Nenek kepada suami telah meninggal pada 7.40 pagi tadi. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada awrah. Al- Fatihah.
Thursday, September 03, 2009
Kuidam keletihan
Alhamdulillah sebab tak banyak sangat masalah tapi dengar-dengar cekgu-cekgu kat skolah tu cakap kalau masa mengandung ni senang, nanti masa deliver tu susah. Ye ke? Cuak jugak tapi tawakkal je la..
kalau borak-borak pasal ni je mesti dua soalan wajib ditanya. Morning sickness kuat tak? Mengidam ape?
Hurmm... kedua-dua soalan tuh wat saya terkesima kejap.
Morning sickness kuat ke tak? kalau kuat tu macam mane? Biase-biase tu mcm mane? Takde penanda aras ;) hehehe.. Tapi biasenye jawapan saya.. Morning sickenss takde sangat.. sikit-sikit loya je.. Yang terkeluar tu pun sebab makan terlebih kut.. hehe..
Yang soalan mengidam ni lagi la susah nak jawab. Macma mana nak bezakan mengidam sebab pregnant atau memang dah gelojoh kuat makan? Adakah definisi mengidam itu adalah perasaan atau gerak hati untuk makan atau minum sesuatu khas bagi orang mengandung? Ataupun ada ciri-ciri khas yang menunjukkan itu adalah mengidam bagi bakal ibu? Pun saya pening.
Semalam ade borak dengan Kak Ina. die tanye dua soklan cepu emas tu. Tapi yang pasal megidam tu die ade pengalaman sendirik. Die kate anak perempuan die da umur 2 tahun tapi air lir masih meleleh. Die pun tak ingat ape bende yang die mengidam tapi tak lepas. Masa tu baru teringat macam pernah ade orang cakap kalau ape yang diidam tak dapat, nanti air liur baby asyik meleleh. Ingatkan gurauan jek.... (:| so, nasihat Kak Ina, kalau ade terasa nak makan ape je, baik terus makan. Jadi, maksudnya tak payah la sebok nak cari definisi mengidam tu. makan je ape-ape yang terlintas nak makan.
Hari tu masa kat labuan 'mengidam' nak makan fries McD. Ceeewaah... western lak selera baby nih.. hehe.. Ade gak terlintas nak makan pulut ngan kelapa parut tapi pikir balik isk.. takkanlah aku nak makan pulut kut.. bukan fevret aku.. ni kire mase kat labuan la.. lagipun mase tu suami ajak buka puasa kat manja rasa.. so, kire tak layan la.. tapi lepas borak ngan Kak Ina semalam, tadi trus request kat mak nak pulut. Hehe.. walaupun makan sedikit je, tapi rasenye cukup kut. Janji merasa ;)
Tapi yang paling ketara masa mengandung ni ialah tahap keletihan yang tak munasabah. Baru jalan pusing kat bazar tu da tercungap-cungap. Masa BTN hari tu kumpulan saya kena nanyi lagi Tanggal 31.. hah.. ambek ko.. baru satu lagu da tercungap-cungap.. Balik je dari skolah jangan cakap la.. Confirm terbongkang tido tak hengat.. tapi rasanya sekarang ni alhamdulillah.. da kurang sikit penat yang macam tu.. tapi sakit kepala tu tak macam teman setia pulak.
Mood swing? Entah la.. sebab saya memang azali garang.. hahaha.. tak la.. tapi sikit-sikit ade la kut ;p. tapi sekarang ni hati mudah tersentuh.. tengok oprah nangis.. tengok anime furit basket pun nangis.. tengok anime yamato nadeshiko pun nangis!! aduii.. tapi bukan la nangis yang meraung-raung.. cuma ade la titisan-titisan embun.. hahaha..
So, moral of the story, hati-hati dengan ibu mengandung. So fragile. ;)
Selamat menjalani ibadah puasa :)
...
Monday, August 31, 2009
31 Ogos Hari Merdeka

Suramnya sambutan 31 Ogos tahun ini.
Di kaca televisyen tidak banyak iklan kemerdekaan.
Siaran berunsurkan kenegaraan dan semangat patriotik juga kurang.
Walaubagaimanapun saya gembira tiada konsert pada tahun ini ;) Maaf kepada yang meminati konsert tetapi saya rasa ianya kurang relevan. Ini pendapat peribadi. Saya bersetuju dengan sambutan yang lebih rohaniah.
Walaubagaimanapun, semangat cintakan negara saya masih kuat. Sambutan kemerdekaan itu hanyalah satu bentuk memperingati tetapi terjemahan semangat patriotik adalah sepanjang masa.
Berdiri tegak dan rasa megah ketika mendengar lagu Negaraku berkumandang itu menunjukkan patriotik.
Rasa bertanggungjawab terhadap keamanan negara itu patriotik. Menghargai keamanan yang kita kecapi itu patriotik.
Menghormati perlembagaan negara atas dasar cinta negara dan mengenang pembentukan Malaysia itu patriotik.
Sensitif terhadap sentimen kaum dan kepercayaan agama itu patriotik.
Menghormati nilai dan budaya kaum lain itu patriotik.
Kemerdekaan bukanlah untuk diraikan semata-mata tetapi lebih kepada mengekalkan.
Salam perpaduan :)
Sunday, August 30, 2009
bye bye labuan
hmm.. lamany nak tgu raya.....
Tuesday, August 25, 2009
Baby Language by Priscilla Dunstan
Please watch until the end. Starting 3:15 :)
I’m so lucky today for being bored that leads me to turn on the tv and tune to the Hallmark channel. It was like Allah answers my wonders and showing me the answer to my worry of becoming a mum - baby's cry.
It’s not that I worry about the baby cries. That’s the only way the baby communicates to us - through the cries or at least that was what I thought. What concerns me more is how I will get to understand my baby needs when mums and their babies usually don’t speak the same language.
I discover a major solution to this through Oprah’s show today – and yes, I’m a fan of Oprah. Good for me :)
The whole amazing, wonderful, superb discovery is found by Priscilla Dunstan, an Australian who is gifted with photographic memory since she was a child. She can memorize all facts from the learning in school without having to take down notes and she could hear a Mozart concert on the piano played by her mother only once and play it back note for note with her violin. After being a mum herself, she benefits her gifted ability for sound and pick out certain patterns in her baby-Tom cries and then remember what those patterns were later on when the baby cried again.
She has tested over a million babies from around the globe and come to a conclusion that - there are five words that all babies 0–3 months old say—regardless of race and culture.
The five words or sound made by babies are :
1. Neh - means “I’m hungry”
2. Eh - means the baby needs to burp
3. Heh - means the baby is in discomfort
4. Eair - means the baby need to lower wind/gas
5. Owh - simply means “I’m sleepy”
She said that these are not the babies’ cries but more to pre-cries sounds which is logically the babies are actually ask nicely at the first place for whatever they needs and when our action doesn’t meet their needs, they will really cry. So, that means mums will have to always listen to their babies BEFORE the baby cries.
Owh.. i wish i could share more..Monday, August 24, 2009
puasa di rantauan
fyi, i'm in Labuan right now. I just arrived here yesterday and this is my first time being here in Labuan. So funny because Labuan used to be part of Sabah but i never set my feet here. If not for my husband's job, i don't know when will i reach labuan.
alaa.. boringnya entri nih. nampak sgt writer pun memang tgh boring.
*note : buy some interesting reading material to kill time
&
Selamat menunaikan ibadah puasa
Wednesday, August 19, 2009
please click here
i dont know how to write about this one.. so, just click the link if you wish to know :)
http://www.amazingpregnancy.com/duedate/setdate.php
wish me well :)
Thursday, July 30, 2009
tag datang lagi....
1. Bekas kekasih saya adalah:
*semuanya background computer science*
2. Saya sedang mendengar:
bunyi pintu dlm makmal
3. Mungkin saya patut:
jadi surirumah sepenuh masa & bisnes sendirik
4. Saya suka:
Berehat di rumah & tgk tv
5. Sahabat-sahabat baik saya:
anggap kelemahan sy sbg signature diri sy
6. Saya tak faham:
kenapa orang susah nak nilai sesuatu secara objektif
7. Saya kehilangan:
xperasan pulak apa yg hilang..
8. Ramai yang berkata:
saya sombong dan tegas
9. Makna nama saya:
errr... fair lady?
10. Cinta itu adalah:
bila ia melengkapi
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
mengajar(?)
12. Saya akan cuba:
siapakan kerja2 sy yg tertangguh sbb pegi kursus minggu lepas :(
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
selama-lamanya(?)
14. Telefon bimbit saya:
SE k800i. murah & berfungsi :)
15. Bila saya terjaga dari tidur:
tekan snooze pada alarm
16. Saya paling meluat apabila:
orang bertalam dua muka.
17. Pesta/Parti adalah:
sesuatu yang sy tidak gemari
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
xingat
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
buat masa ni masa2 di sekolah menengah & matrikulasi
20. Hari ini:
sgt bosan sbb kelas ade 1 je pastu hari hujan... ZZzzzzZZ
21. Malam ini saya akan:
Buat DLP (daily lesson plan)
22. Esok pula saya akan:
Ke SM Teknik untuk bengkel skema pemarkahan
23. Saya betul-betul inginkan:
Untuk berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak saya, sambil membiarkan simpanan saya membuat pulangan yang cukup untuk membiayai kos pembelanjaan kami. ( pinjam ayat Ms B. this is sooooooooo true)
24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
namapak muka letih.....
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli belah.
26. Makanan Barat atau Jepun:
Barat.
27. Bilik yang terang atau gelap:
Gelap
28. Makanan segera adalah:
kurang bernutrisi
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
ok.
30. Siapa yang anda mahu tag?
org yg agak2 sudi balas tag nih.. en cerpelai, mama mahirah, adani
Monday, July 20, 2009
please copy and forward the content of this post to your friend in 3 days or you'll be curse forever
aku masih ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu, ada sorang makhluk yang entah la sapa telah menyebarkan satu surat yang aku sudah xingat apa isi kandungannya. tp yang aku tak akan lupa ialah unsur-unsur ugutan di akhir helaian tu. surat tu kononnya telah berusai beratus2 tahun. bunyiknya lebih kurang.. " anda mesti menyebarkan hal ini. sebarkan kepada *** orang nescaya anda akan mendapat tuah yang banyak.. jika anda mengabaikan pesanan ini anda dan keluarga anda bakal mendapat kecelakaan yang amat dahsyat.. bla bla bla.." lebih kurang begitu lah maksudnya..
masa tu UPSR pun x lepas lagi.. siapa lah aku ini.. sebagai kanak2 yang sayangkan keluarga aku pun kaget. aku ada jugak ingat nak tapuk2 (sembunyik2) pegi kedai fotostat nk fotostat surat berantai tuh dan masukkan dala peti surat sape2 je janji culup kuota (bapakku keje kat pej pos.. heheheh) tapi oleh kerana belanja sekolahku xcukup menampung harga fotostat yg seingat aku agak mahal time tuh.. aku tawakkal je la.. so, aku cepat2 bagi bapak aku baca time tuh. mane tau bpk aku bg duit suh g fotostat.. tapi aku tersilap perkiraan.. xpasal2 aku pulak kena ceramah. bpk aku kata tu surat berantai.. walaupun bpkku bukanlah alim ulama, tapi ayat yang membuatkan aku terpk bila bpk aku tny.. surat tu yg berkuasa atau tuhan? erk... (bapakku penceramah hebat o_O)
lepas diberikan 'taklimat ringkas oleh bapakku', bapak aku suh buang kertas tuh. terpaksa la aku buang.
masa berlalu.. aku da xingat pasal surat tuh.. hinggalah kebelakangan ni aku selalu dapat emel2 yang isi kandungannya baik.. berunsurkan nasihat dan ingatan. mungkin mesej pengirim asal mahu mesej itu disampaikan dan tidak terputus. tapi tu tidak menghalang aku jadik bengang kalau pada penghujung pesanan atau ingatan tuh ade je unsur2 ugutan suh forward kalau x forward kamu ni adalah bla bla bla (semua sifat jahat) dan akan dihujani malang dsb selama bla bla bla. ada pulak yg isi kandungan yg lbh kurang bermaksud " kalau x forward anda bukan muslim sejati la.. xsayangkan agama la... " apa ni weiii????? senang2 je label iman orang lain..isk isk isk..
aku mcm x faham dan bengang. kenapa benda2 yang baik selalu dicampuradukkan dengan yang tak baik(?). seriously, kalau aku dpt emel camtu.. kirim salam je la.. kalaulah ade yg aku terforward.. tu dengan ikhlasnya sebab aku rasa contentnya sgt penting..
sejak kene ceramah ngn bapak aku dulu tu.. aku mmg yakin surat dan sumpahan tu tidak membawa kesan apa2. kalau la kita di timpa malang.. tu semua kehendak dan kuasa Allah semata2.. mungkin kalau terkena dlm masa2 terdekat anda terima surat atau emel2 berantai tu.. tu hanya kebetulan semata2..
so, saya ingan membuat cadangan kepada kawan2.. kalau dapat emel yang ada unsur2 ugutan di akhir pesanan dan ingatan yang murni.. mungkin boley di edit dengan memadam part yang menyakitkan hati itu sebelum nak foward kepada member lain.
kalau x boleh edit tapi nak jugak forward, copy and paste lah.
p/s : kalaupun sumpahan mengarut tuh betul, aku xakan jugak send kat kawan2.. sebab, bukankah selfish menghantar emel yang menyusahkan dan seolah2 menyumpah kawan2 sendiri? i love u friends...

