Thursday, March 24, 2011

Kenapa Saya Menjadi Guru?

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Kenapa saya menjadi guru? Selalu tertanya-tanya.. kenapa saya menjadi guru.. Sebenarnya sudah lama saya tahu jawapannya. sejak sebelum saya tau keputusan SPM lagi.. sejak saya sendiri belum tahu apa cita-cita sebenar saya lagi?

Ingat tak dulu setiap kali mula sesi persekolahan selalu ada sesi memperkenalkan diri? Saya amatlah alergik sesi memperkenalkan diri sebab cikgu biasanya akan tanya nama dan cita-cita. Oh. Kenapa alergik nak bagi tau nama dan cita-cita? Sebab cikgu akan hairan kenapa nama saya sebegini dan pasti ada soalan lanjutan. Perhatian yang saya tidak gemari. Bukan tersinggung dengan soalan.. Tidak. Saya tidak tersinggung sebab sememangnya sudah biasa dan mereka yang tidak tahu lebih baik bertanya daripada membuat andaian dan spekulasi, kan? Dan saya tidak suka jawab soalan berkaita cita-cita kerana saya tidak bercita-cita. Bukan kerana saya tiada wawasan dan arah tujuan.. cuma saya ada terlalu banyak arah yang mahu dituju maka saya tak tahu yang mana satu yang nyata dan angan-angan. Huh.

Tapi saya masih ingat dulu saya sentiasa mahukan pekerjaan yang akan saya suka. Saya tak tahu apa yang saya mahu jadi tetapi saya tahu saya tidak mahu manjadi jurutera. Ya. Engineer. Saya tidak pernah memohon untuk belajar bidang ini (walaupun ijazah yang saya miliki menjurus kepada bidang ini) dan tidak juga memohon untuk menjadi jurutera. Bukan jadi jurutera tidak bagus... Tidak.. menjadi jurutera sangat bagus. Saya dengki kepada mereka yang ada minat menjadi jurutera dan berjaya menjadi jurutera sebab saya tak mampu memupuk mintat untuk menjadi jurutera. Kasihan bukan?

Saya juga tidak mahu menjadi doktor bukan sebab menjadi doktor itu membosankan dan 'skema' tetapi saya tidak mampu pun menghabiskan membaca sukatan Biologi Tingkatan 4 & 5 serta Matrikulasi. Percaya atau tidak, sehingga sekarang saya masih keliru dengan kitaran haid wanita walhal itu telah diajar sejak Tingkatan 3 lagi. Saya tidak tahu kenapa saya sangat tidak minat membaca buku subjek biologi tetapi saya suka kelas Biologi dulu sebab Cikgu Ghazi yang mengajar sangat seronok. Tetapi tetap saya rasa migrain menyerang setiap kali cuba mengulangkaji matapelajaran ini. Akhirnya saya terrrtidur. T_T

Walaupun saya tidak mahu menjadi jurutera atau doktor, tapi saya tahu saya sangat suka belajar. Dan saya sangat suka matapelajaran Matematik, Kimia dan Fizik.

Pernah suatu ketika dulu guru Kimia saya pada masa itu cakap, "Kamu nanti jangan jadi guru. Rugi. Jadi guru ni susah.." Macam tu la lebih kurang kata cikguku itu. Aku (tiba tiba aku??) tak setuju tapi aku tak ingat kenapa aku tak setuju.

Aku tak tahu bila aku mula 'develop' perasaan ingin berkongsi pengalaman (yang sedikit) dengan orang lain. Mungkin daripada siri ceramah motivasi dan kem motivasi yang mempunyai slot ceramah yang menarik dan.... menarik. Aku pun pernah membuat ujian kerjaya dan kerjaya yang cocok untuk aku  ialah Pegawai Kebajikan.. Hurmm... macam lain saja ini....

Tapi aku masih mempunyai keinginan ingin berkongsi dan menyumbang kepada kebaikan walaupun aku yakin aku tak nak jadi Pegawai Kebajikan.

Selepas matrikulasi aku masih tak tahu aku nak jadi apa. Ayahku suruh memohon kursus perguruan.. aku akur sahaja sebab aku memang menunggu orang membuat keputusan untuk aku sebab aku tak tahu nak putuskan macam mana. Tapi sayang, bila keputusan UPU diumumkan, kursus perguruan (Fizik ) yang aku minta tidak kesampaian. Hanya Fiziknya yang sangkut.. 'perguruannya' entah tersangkut di mana? Aku rasa ayahku yang lagi kecewa berbanding aku. Au hanya pasrah kerana aku yakin dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. :)

Aku rasa aku memang ditakdirkan menjadi guru. Cuma Allah mahu aku belajar lebih banyak tentang manusia melalui pengalaman hidupku sendiri. Kata nak berkongsi..kan.. Sebenarnya Allah mangabulkan cita-citaku untuk berkongsi dengan orang lain. Allah lencongkan perjalanku daripada terus mendapat kursus perguruan kepada ijazah tanpa kursus perguruan dan kemudiannya menjadi guru sandaran selama 6 bualan dan seterusnya secara tiba-tiba ditawarkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang entah jatuh dari mana. Aku hanya tersenyum dengan perjalanan hidupku yang sangat macam roller coster sebelum ini.

Sekarang aku sudah bergelar guru dan aku tahu dengan minatku yang sangat mecapah.. amat sesuai dalam bidang ini. Aku minat berkongsi ilmu dan pengalaman, aku sangat cintakan ilmu dan sangat suka belajar, aku  minat out door adventure.. Semua itu aku peroleh hanya dengan menjadi guru.

Saya harap ada orang lain yang akan bertanya "kenapa  anda menjadi guru?" sebab saya ada jawapan yang sangat saya ingin kongsi dan dengan harapan menberi inspirasi kepada orang lain.

Yang dah baca enrti ni jangan gataii nak tanya kenapa saya nak jadi guru.. Huhuhuhu...

3 comments:

daniadanis said...

'Saya harap ada orang lain yang akan bertanya "kenapa anda menjadi guru?" sebab saya ada jawapan yang sangat saya ingin kongsi dan dengan harapan menberi inspirasi kepada orang lain'

jane..ani pun ada sesuatu yg boleh dikongsi kalu org tanya kenapa masuk bidang pendidikan..yg penting kita dpt makna daripada apa yg kita buat n boleh jadi inspirasi kan :)

ps: ok ani dh bace so xleh tanye dh ;p

naurah said...

saya pun sama...skang lepas spm..masih terkapai-kapai..org asyik tanya,apa cita-cita awk?xtaw nk jawab~..huhu...memg entry ni sngt2 sy stuju...nice cikgu!!:)...jd,skang sy minta kplspm cikgu fizik...hrap2 sgkut..:)..hehe..btw,yg pasa nama tu pn sama..letih nk jwb soalan 'knapa nama awk cm2?"

pepn,sgt2 stuju dgn entry cikgu!^^

plain_jane said...

ani : kalau tanye jugak nak kene cubit niiiih.. heheh.. jadi guru best kan bile leh share cerita n pengalaman ngn students. :) that way, our history will go on :)

naurah : thanks sbb sudi menghayati entri ni :) saya xd la pandai fizik masa sekolah dulu tapi keputusan spm alhamdulillah boleh dikategorikan baik :) dari sana saya 'perasan/syok sendiri* saya ada talent dalam bidang ini. Tapi samapai sekarang saya masih jugak rasa banyak lagi yang saya tidak tahu tapi kelebihan yang saya hargai ialah saya mampu memahami dan cuba sedaya upaya untuk memberikan kefahaman kepada pelajar saya. Sbb dulu saya pun banyak tak faham.. hehe..