Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Aduih.. Aduih.. Macam mana boleh hilang pulak....

Assalamualaikum...
Greetings..

Hairan pula aku. Semalam aku ada cuba buat satu entri dan settingkan auto publish. Tup tup hari ni buka bukannya setakat  entri tu tidak terpublish.. Draf pun tak ada. Pelik.. Pelik.. haduih.. Penat aku merapu meraban sorang-sorang tengah malam tadi sampai seram-seram (hantu kut ynag delete???) Haish.. Takkan laaa..

Tapi.. bila difikirkan semula.. Hurm.. Tiada benda yang mustahil kan.....?

Cerita 1.
Suatu malam tu aku tengah memasak di dapur. Sinki dapur menghala ke belakang rumah. Sedang khusyuk mencuci sayur/daging atau apa-apalah (aku dah tak ingat) tiba-tiba  ZASSSSS.. macam ada bayangan putih melintas.. Terkejut jugak. Tapi aku fikir silau spek kut. Sebab belakang rumah ada lampu jalan.

Jadi, tak apa...

Cerita 2.
Pun senario di dapur. Pun tengah buat-apa-ntah di singki dapur. Tetiba terasa ada 'sesuatu' menerpa dari belakang. Mula-mula ingatkan Mr Sailor sebab beliau suka gurau jongos sebegitu T_T. Aku pun sepantas kilat berpusing dan.......... hanya angin yang menerpa diiringi remangan bulu tengkuk 0_0. Terus aku cabut lepas tu.

Cerita 3 dalam 1
Masa Ryyan dalam umur sebulan lebih, kami balik ke kampung. Ada la dalam empat hari. Balik dari kampung tu, Ryyan semacam je. Masuk je dalam bilik matanya meliar ikut perimeter siling tu sambil muka ala-ala tercengang. Dan dua tiga hari tu Ryyan agak cerewet daripada kebiasaan......

Sebenarnya setiap kali waktu maghrib, Ryyan sangat suka melihat ke arah bucu rumah di ruang tamu atau ke arah tingkap walaupun tingkap tertutup oleh tirai sambil ketawa-ketawa... Cuma sejak sebulan dua kebelakangan ni barulah berkurang.

Satu lagi, Ryyan juga suka tengok bucu atas siling di atas almari pakaian kami. Entah la belalang......

Cerita 4.
Dua pupu aku ada program di UMS KAL ni. Jadi dah kebetulan sampai ke Labuan ni dia pun datang la bertamu ke rumah kami. Soalan pertama yang di ditanyakan kepada suami semasa melintasi kawasan belakang rumah kami ialah "Siapa yang tinggal rumah korang sebelum ni?" dan "Siapa yang tinggal di rumah sebelah ni?"

Rupa-rupanya dia dianugerahkan dengan hijab yang mampu melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh kebanyakan orang. Dan dia memberitahu kepada suami bahawa ada 2 makhluk di sudut pagar belakang rumah kami. Sama ada di luar atau di dalam.. itu aku tak nak tanya banyak. Heheheh. Katanya 'benda' 2 ekor tu ada tuan. Ish.. nak cakap ke ye apa benda dua ekor tu? Tak payah la ye. Tetiba sereeem.. Hehehe..

Untuk perlindungan, dia tolong pagarkan sedikit rumah kami dengan hirisan limau dan bacaan surah terpilih dari al-Quran. Limau tadi tu diletakkan di atas pintu dapur kami.  Semoga kami dilindungi. Tapi sekarang aku tak nampak dah limau tu. Kut ya dah kering ada la bangkai limau tu kan. Fikir positif... tikus bawak lari. Huhuhu..

Dan aku yang secara rasminya telah dilabel penakut oleh keluargaku sendiri menyita kawasan dapur bermula pukul 6 petang setiap hari. Masak memasak dilakukan seawal 5 petang. Hahahaha.. Nak sebulan jugak la aku tak masuk dapur malam-malam. Kalau ada perlu, aku mintak Mr Sailor temankan. Ahahahahaha...

Kiranya sebelum dua pupuku bagitau tu memang sudah ada hint yang diberikan oleh pihak yang 'sana'. Tapi sebab TAK TAHU, aku pun tak takut apa. Ye la. Dah tak tau kan. Hehehe. Tapi bila dah tau.. semua tiba-tiba jadi mistik. Yang tak ada kaitan pun jadi seram.. hahaha..

Tapi betul.. selepas kami tau pasal tu daripada dua pupu aku tu, masih ada lagi sedikit kejadian. Contohnya la.. musical car Ryyan yang kat walker tu dua kali berbunyi sendiri. Haaaaa... Takut tak?
Lagi satu, bunyi suara orang lelaki berdeham di belakangku m..

iklan kejap. Mr Sailor wat lawak jongos kejutkan aku -_-!

ok sambung. aku dengar bunyi suara lelaki berdeham di subuh hari semasa aku nak gosok baju. Dan itu bukan yang pertama~~~

Ok la. Aku pun dah takut dan sakit hati..

Salam!

Wednesday, November 10, 2010

The Closure

"As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back."

- Unknown

Weird.

When we thought that we have reached the closure,

We found a new wider opening  :)

Friday, April 16, 2010

kekalutan di awal pagi

Dengan rasminya esok aku akan melepasi hari ke-44 berpantang. Yahuuuuu! Kebetulannya pulak semalam mak terpaksa ke rumah tok sedara di Tawau sebab ada kenduri sikit. Jadi, hari ni aku buat pertama kalinya menjadi pengurus solo bagi diri sendiri. Biasanya pagi-pagi mak yang akan tolong panaskan air mandian herba aku dan tolong angkat ke bilik air sebab mak tak bagi angkat berat-berat lagi. Mak jugak akan basuh baju Ean tanpa guna mesin basuh. Tak nak campur dengan baju lain. Mak jugak akan tolong masak tengah hari. Pendek kata.. semua mak buat. Aku? Aku akan mandikan Ean, susukan dan tidurkan. Kalau kebetulan Ean tidur masa mak masak-masak atau tengah nak hidang makanan, aku tolong la sikit-sikit. Kadang-kadang aku kemas rumah dan sapu.
Tapi hari ni aku kena buat semua. Pagi-pagi lagi aku da mandikan Ean. Kalut jugak. Biasanya kalau aku mandikan Ean mak da siap-siapkan baju yang Ean nak pakai. Nak setengan jam jugak la masa aku ambik dari memandikan sampai Ean lengkap berpakaian. Lepas tu, rutin biasa Ean.. lepas mandi nak susu. Jadi aku susukan lah. Setakat ni Ean masih menyusu badan sepenuhnya :) Harap-harap boleh sampai 2 tahun ;)
Lepas Ean tidur kejap, aku kemas rumah lebih kurang, masukkan kain dalam mesin basuh.. lepas tu rasa macam 'tak selesa' jadi aku pun mulakan sesi pam mengepam. Hihihi. Elok je selesai, baru nak gi mandi Ean bangun pulak. Sudahnya, pukul 10.30 baru aku dapat mandi.
Ean nangis lagi. Aku susukan lagi. Tapi Ean tak nak tidur. Aku letak je Ean atas katil sebab dapur tak kemas lagi. Pinggan tak cuci lagi. Aku jenguk sekali sekala. Nasib baik Ean good boy.. main sorang-sorang lepas tu aku jenguk kali ketiga Ean da tidur. Fuh! Lega.
Tugas terakhir aku sempat buat sebelum Ean terjaga ialah jemur kain. Elok je aku siap jemur kain Ean da merengak-rengek. Aku susukan lagi. Masa ni husband da balik. Aiseh, tak masak lagi. Nasib husband faham dan mengofferkan diri untuk memasak lepas balik dari sembahyang Jumaat jadi dapatlah aku membelog kejap sementara Ean tidur ;)
Terima kasih sayang :)

Saturday, April 10, 2010

~new beginning iii~

..
Ean (pronounce : e-yearn. Panggilan untuk ryyan cayang bucuk masam ;))
7 april hari tu aku bawa ean ke klinik untuk appointment yang pertama. Berat ean sekarang 4.3 kg. Panjang 55 cm. ean kena suntikan kedua hep B. Masa kena suntik ean tengah tidur. dek kerana sakit tambah terkejut, ean meraung 3 saat sebelum tidur balik ;) dan itu adalah raungan dan tangisan yang palin kuat ean buat sepanjang ni :) Ean baby ibu memang good boy :)
...
Perjalanan ke kelantan diteruskan pagi esokknya pukul 8.00 pagi. Sepatutnya kitorang ikut flight dari KLIA ke KB tapi sebab nak singgah Kuantan ni tiket tu ter'burn' begitu je. Lagipun da tambah ahli rombongan jadi kira takpe la. At least dapat gak bawak mak dengan ayah jalan-jalan. Kitorang pilih jalan lalu terengganu. Boleh singgah makan keropok lekor fresh (tu yang penting. FRESH. Haha). Pastu singgah makan ikan bakar tepi pantai. da tak ingat nama tempat tu. Putih mate gak la tengok rmku untuk tiket 5 orang ke KB lupus. Nasib baik tu tiket murah. (Murah-murah pun rm jugak tu oiii).
Sampai di Machang da lewat petang. Husband terus balik rumah di Air Lanas. Nak tengok-tengok persiapan la lebih kuang. Malam tu mama insist tido umah diorang kat Machang. Malam tu jugak bawak geng jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh. Aku da berkira-kiran nak memborong tudung. Tapi bila da sampai sana jadi rambang mata. Last sekali satu apa pun tak beli. Hihi.
Esokknya kami bertolak ke Air Lanas. Ibu mertuaku (ewah ;)) da booking homestay yang dekat dengan rumahnya. Pukul 10 pagi pak/mak andam sampai. Diorang ni suami isteri. Tapi yang mekapkan aku ialah pak andamnya. mak andamnya tolong pakaikan baju pengantin je. Siap-siap je kami terus ke rumah husband. Husband pun siap-siap di situ jugak.
Sampai je kat rumah belah husband mak aih...ramainya orang. Majlis tu diadakan hari ISNIN. sepatutnya hari Sabtu tapi sebab pentaulihan tu hari Sabtu dan aku pulak da siap beli tiket, jadi terpaksa jugak la buat hari Isnin tu. Tapi Alhamdulillah, tetamu memang ramai. Macam terasa heri cuti pulak. Kitorang bertukar ganti baju 3 pasang. Aku yang da rimas pasrah je. Lepas je baju terakhir, aku terus tukar pakai baju kurung je salam-salam dengan tetamu. Uih.. tak takan den. Hihi.
Esoknya rombongan belah aku (macam ramai je bunyinya ;p) fly balik meninggalkan aku. Hehe. Flight diorang lewat petang jadi sempat la pusing bandar KB kejap. Malam tu aku teringin pulak makan tom yam. Jadi balik dari airport tu ajak husband singgah makan tomyam tapi tak jadi sebab mak ngah sudi masak tomyam untuk aku ;) Yippie! Hihi.
Aku da tak ingat berapa hari dok rumah ma. Yang aku ingat, sebelum balik kitorang singgah kat Cameron Highland :) yang bestnya kebetulan papa pulak ada mesyuarat di IPD sana dan papa bawak sekali mama, anie, irfan ngan adik :) Seronook... ;)

Tuesday, March 30, 2010

~ a new beginning ii ~

Pagi ni Ryyan bangun awal. Dalam sehari dua ni makin banyak pulak bunyik yang si kecil ni buat. Geli hati kadang2.. ;)
...
Majlis belah lelaki berlangsung pada 29 jun 2009 iaitu hari isnin. 27 jun asebelum tu adalah hari pentauliahan tamat latihan hasben di kuantan. aku apply cuti seminggu. nasib approove. almaklum, kerje aku ni xleh amek cuti direct lebih 3 hari. lepas je bunyik loceng balik hari jumaat tu (sebenarnye awal lagik..heheh) aku terus drive ke kk dengan ayah aku . mak dengan sepupu da ke kl hari rabu sebelum tu lagi. konon nak shopping dulu. sampai ke kk da dekat pukul 4. flight pukul 5.30. walaupun da agak lewat tapi aku sempat lagi singgah ke pasar filipin beli souvenir sikit. sampai je di airport terus check-in. nasib baik tak terlepas flight. sepanjang flight tu pulak mata tak boleh nak lelap. sampai di klia naik bas ke central market sebab adik aku ena tunggu kat situ. pastu g rumah ena untuk rehat kejap sebab nak bertolak ke kuantan pukul 3 pagi. hehe. famili aku memang suka gerak subuh-subuh. lagipun takut tak sempat ke pentauliahan hasben pagi tu. konon-konon nak tido la kejap tapi mata pun xboleh nak lelap sebab sepupu pun ade kat situ dan kitorang layan borak. sempat la kut lelap sejam sebelum pukul 3. hihi.
Oleh sebab mak dan gengnya stay kat umah adik aku sorang lagi, ati maka kitorang pun janji nak kumpul kat rumah ena sebelum bertolak. dek kerana apa sebab pun aku tak tau, geng ati ni boleh pulak terlepas sampai masuk ke highway ke kuantan tu. jadinya kami jumpa dekat R&R mane tah.. aku pun tak ingat. pendekkan cerita kami sekeluarga konvoi ke kuantan pada awal subuh tu. tiga buah kereta semuanya. oleh sebab takut driver mengantuk (kononnye), kami buat peraturan tidur gilir-gilir. ala-ala sentri pulak. ingatkan mengantuk dalam kereta tu tapi nasib baik la ena pakar joyah jadi memang segar je mata sepanjang perjalanan tu.
Tempat yang dituju ialah rumah papa iaitu keluarga angkat aku sejak aku sekolah di kelantan lagi. haa.. yang ni entri lain pulak. tapi famili ni adalah famili yang jaga aku dan buat aku macam anak sendiri. kami sampai ke rumah papa hampir pukul 0730 pagi. maljis pentauliahan mula pukul 0800 pagi. kelam kabut la jadinya. dah la tu.. aku lupa pulak bawak baju kurung. ampeh. last2 pinjam baju anie. hihi. nasib baik ngam2. oleh kerana yang lain da tak larat, maka aku dengan anie je yang pergi ke pentauliahan tu. nasib baik la sempat jugak sampai ke pusat latihan untuk tengok apa-apa yang patut masa pentauliahan tu. masa tu tuhan saja la yang tau mengantuknya biji mata ni dengan muka yang sembab dan macam tak tidur seminggu. huh.
Sepanjang di kuantan tu, kami stay di homestay yang selesa :) sempat la jugak kanak-kanak ribena tu merayau-rayau ke teluk cempedak. siap mandi lagi. balik pulak dah lewat petang. tak pasal-pasal kena ceramah dengan ayah kitorang. haha. nasib baik aku tak ikut sebab petang tu pergi shopping baju untuk dinner malam tu.. punyalah cerewet.. last2 beli baju kurung jugak. hahaha.. memang kelam kabut masa tu sampaikan aku nyaris-nyaris menghanguskan baju batik yang hasben aku nak pakai malam tu.. ;p nasib baik sikiiiit aje dan di tempat yang terlindung. fuh.. nasib hasben tak marah. heheh.
kasut fevret aku tapi da rosak.. :(
Masa dinner tu aku da tak boleh nak concentrate makanan yang lazat sebab penangan letih tu dah mula menjelma.. lagipun malam tu papa dengan mama iaitu keluarga angkat aku buat bbq untuk kitorang di homestay tempat kami menginap. jadi semakin la meronta-ronta nak balik awal. sebelum majlis habis, kami da curi-curi kuar. hehe. rupa-rupanya ramai lagi yang nak balik awal macam kitorang. hehe. sampai di homestay tu pulak, kami sambung dengan bbq. meriah... rasa letih pun hilang.. :) ramai yang datang.. kak long dengan abg syah pun ade..
Sepanjang minggu sebelum tu sebenarnya aku rasa macam ada yang tak kena sebab selera makan aku da macam king kong. dua tiga minit pegi buka peti.. asyik maaakan aje. memang la aku ni suke makan tapi time tu tahap yang da meragukan.. sampaikan kakak dengan adik aku siap kate lagi " kami yang penat tengok ko makan". itu maksudnya aku makan tak benti-benti. bila aku bagitau dengan husband, kami decide nak try test kut2 la kan 'bersebab'.. jadinya petang sebelum ke dinner tu aku check guna pregnancy test kit dan amatlah aku terkejut bile keputusannya positif. tapi aku tak yakin sebab aku rasa mungkin aku salah baca instruction guna test kit tu. tapi hasben da beria-ia sangat.. :) rasa lucu sangat bila ingat balik. hehehe.. tapi aku memang tak percaya test kit tu. aku pakse hasben bawak pegi klinik. tapi oleh sebab nak join bbq, hasben janji nak bawak g klinik kat kelantan nanti.. aku pun ok.. tapi mase tu dah berdebar2.. ye la.. kalau la betul ade... nasib baik tak jadik ape2 time aku melompat-lompat dan smash (ceeewahh..) mase main badminton.. heheheh.. lepas tu sebat air gas tak benti2..
Malam tu sume terbongkang. nasib baik la dapat homestay yang kire selesa. Aku amatlah pentingkan keselesaan time2 macam ni. Kalau aku sorang je tak pe la.. tido dalam kemah pun ok. Tapi ni da bawak kerabat-kerabat ni kesian aku rasa. dah la letih.. so aku nak pastikan diorang dapat yang kalau tak terbaik pun at least sebaik yang aku mampu.. ceewah..
Perjalanan keesokkan harinya memang panjang.. tapi seronok.. ala-ala jalan-jalan cari pasal.. hehehe..
mak aih.. panjangnya entri ni. sambung nanti la..

Monday, March 29, 2010

~ a new beginning i ~

tak tau kenapa.. tapi aku suka pic ni :)
salam.. :)
diam x diam da lama tak update blog ni (tak kira entri psl muhammad ryyan). lepas entri yang agak emo tu, jadi xda mood nak tulis blog. walaupun aku kata akan terus berblog tapi jauh di sudut hati (hati ada sudut ke?) berbelah bahagi nak teruskan atau create account baru.. mungkin sebagai simbolik satu permulaan baru..(?) just to make me feel good about myself.
2009 da lama kita tinggalkan. in fact, da nak habis suku tahun pun. tahun 2009 merupakan tahaun yang paling kelam kabut aku rasa. tahun yang terlalu 'penuh' dengan kenangan.
06 june 2009 aku telah sah bergelar seorang isteri. oleh sebab aku dan suami memang long distance relationship sejak dari awal bercintun, jadi walaupun dah kawin masa tu dan masih jarak jauh, aku xrasa berbeza sangat. lagipun aku yang masa tu mengajar di kudat tinggal dengan keluarga. jadi, lagi la tak rasa sangat. tapi rindu tu biasa la.. heeeee ;D
husband pulak masa tu masih lagi dalam training di labuan. jadi cuti tahunan memang tak ade lagi. harapkan hujung minggu je la baru boleh nak balik kudat jumpa aku. mula-mula 2 minggu sekali. lepas tu aku rasa kesian pulak sebab bukannye perjalanan yang dekat dari labuan ke kudat. dari labuan ke kk saje kalau naik feri kene dalam 2jam setengah. kalau fly dalam 30 minit je.. lepas tu dari kk ke kudat pulak ambik masa paling kurang 2 jam 30minit lagik.
mula-mual husband naik feri, tapi lepas tu tukar ikut flight sebab sangat letih dalam perjalanan.. kadang-kadang balik naik feri, tapi balik labuan ikut flight balik. memang rase macam huru hara je.. kesian pun ade.. jadi, biasanya aku akan drive ke kk untuk fetch sang suami.. sayang punya pasal.. tak sampai hati suami naik bas bila dah letih macam tu..
aku pulak kat kudat masih dengan rutin harian yang biasa. husband awal-awal lagi da bagi izin benarkan kalau aku nak kelau pegi mane2. haa.... maknanye aku ni isteri yang sangat dipercayai.. cewaah.. riak kejap.. hehe.. jadi dengan green light tu aku terus on dengan aktiviti badminton dengan cekgu sekolah aku setiap malam rabu dan kadang-kadang malam sabtu.. jadi, dapat lah aku join main badminton dua kali sebelum majlis belah pihak lelaki. selepas majlis sebelah pihak lelaki.. segalanya mula berubah...