Friday, December 10, 2010

Aduih.. Aduih.. Macam mana boleh hilang pulak....

Assalamualaikum...
Greetings..

Hairan pula aku. Semalam aku ada cuba buat satu entri dan settingkan auto publish. Tup tup hari ni buka bukannya setakat  entri tu tidak terpublish.. Draf pun tak ada. Pelik.. Pelik.. haduih.. Penat aku merapu meraban sorang-sorang tengah malam tadi sampai seram-seram (hantu kut ynag delete???) Haish.. Takkan laaa..

Tapi.. bila difikirkan semula.. Hurm.. Tiada benda yang mustahil kan.....?

Cerita 1.
Suatu malam tu aku tengah memasak di dapur. Sinki dapur menghala ke belakang rumah. Sedang khusyuk mencuci sayur/daging atau apa-apalah (aku dah tak ingat) tiba-tiba  ZASSSSS.. macam ada bayangan putih melintas.. Terkejut jugak. Tapi aku fikir silau spek kut. Sebab belakang rumah ada lampu jalan.

Jadi, tak apa...

Cerita 2.
Pun senario di dapur. Pun tengah buat-apa-ntah di singki dapur. Tetiba terasa ada 'sesuatu' menerpa dari belakang. Mula-mula ingatkan Mr Sailor sebab beliau suka gurau jongos sebegitu T_T. Aku pun sepantas kilat berpusing dan.......... hanya angin yang menerpa diiringi remangan bulu tengkuk 0_0. Terus aku cabut lepas tu.

Cerita 3 dalam 1
Masa Ryyan dalam umur sebulan lebih, kami balik ke kampung. Ada la dalam empat hari. Balik dari kampung tu, Ryyan semacam je. Masuk je dalam bilik matanya meliar ikut perimeter siling tu sambil muka ala-ala tercengang. Dan dua tiga hari tu Ryyan agak cerewet daripada kebiasaan......

Sebenarnya setiap kali waktu maghrib, Ryyan sangat suka melihat ke arah bucu rumah di ruang tamu atau ke arah tingkap walaupun tingkap tertutup oleh tirai sambil ketawa-ketawa... Cuma sejak sebulan dua kebelakangan ni barulah berkurang.

Satu lagi, Ryyan juga suka tengok bucu atas siling di atas almari pakaian kami. Entah la belalang......

Cerita 4.
Dua pupu aku ada program di UMS KAL ni. Jadi dah kebetulan sampai ke Labuan ni dia pun datang la bertamu ke rumah kami. Soalan pertama yang di ditanyakan kepada suami semasa melintasi kawasan belakang rumah kami ialah "Siapa yang tinggal rumah korang sebelum ni?" dan "Siapa yang tinggal di rumah sebelah ni?"

Rupa-rupanya dia dianugerahkan dengan hijab yang mampu melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh kebanyakan orang. Dan dia memberitahu kepada suami bahawa ada 2 makhluk di sudut pagar belakang rumah kami. Sama ada di luar atau di dalam.. itu aku tak nak tanya banyak. Heheheh. Katanya 'benda' 2 ekor tu ada tuan. Ish.. nak cakap ke ye apa benda dua ekor tu? Tak payah la ye. Tetiba sereeem.. Hehehe..

Untuk perlindungan, dia tolong pagarkan sedikit rumah kami dengan hirisan limau dan bacaan surah terpilih dari al-Quran. Limau tadi tu diletakkan di atas pintu dapur kami.  Semoga kami dilindungi. Tapi sekarang aku tak nampak dah limau tu. Kut ya dah kering ada la bangkai limau tu kan. Fikir positif... tikus bawak lari. Huhuhu..

Dan aku yang secara rasminya telah dilabel penakut oleh keluargaku sendiri menyita kawasan dapur bermula pukul 6 petang setiap hari. Masak memasak dilakukan seawal 5 petang. Hahahaha.. Nak sebulan jugak la aku tak masuk dapur malam-malam. Kalau ada perlu, aku mintak Mr Sailor temankan. Ahahahahaha...

Kiranya sebelum dua pupuku bagitau tu memang sudah ada hint yang diberikan oleh pihak yang 'sana'. Tapi sebab TAK TAHU, aku pun tak takut apa. Ye la. Dah tak tau kan. Hehehe. Tapi bila dah tau.. semua tiba-tiba jadi mistik. Yang tak ada kaitan pun jadi seram.. hahaha..

Tapi betul.. selepas kami tau pasal tu daripada dua pupu aku tu, masih ada lagi sedikit kejadian. Contohnya la.. musical car Ryyan yang kat walker tu dua kali berbunyi sendiri. Haaaaa... Takut tak?
Lagi satu, bunyi suara orang lelaki berdeham di belakangku m..

iklan kejap. Mr Sailor wat lawak jongos kejutkan aku -_-!

ok sambung. aku dengar bunyi suara lelaki berdeham di subuh hari semasa aku nak gosok baju. Dan itu bukan yang pertama~~~

Ok la. Aku pun dah takut dan sakit hati..

Salam!

5 comments:

J.M.R said...

ni cerita btol ke filem nih?;-p

plain_jane said...

uih.... betul ni jmr weih..
ori.. bukan pirate tau... 0_0

cerpelai said...

Budak ketawa sendiri..

Itu memang ada terjadi masa anak gua umur sebulan lebih dulu.. Kata bini gua; 'kawan' dia bergurau dengan dia.. Maksudnya, uri yang ditanam tu tengah main-main dengan dia sebab uri tu peneman budak masa dalam rahim..

Sahih tak sahih, gua bukan Uncle Seekers.. Edeihh..!!

Dan cerita pasal 2 ekor makhluk bertuan tu, gua ada cerita yang baru-baru ni terjadi.. Nanti gua akan tulis dalam blog..

uetoAya said...

kwn org lak mmg jnis nampak jane..smpi anak2dia pon ternampak..tu yg klu dlm kete tetibe dia snyp, org pon jd cuak, sbb siang2 pon dia nmpk

plain_jane said...

en C: ada juga kawan-kawan cakap macam tu. Dunia ini penuh misteri~~~~ Ehehehe..

Ila : Tu lagi la seram.. Kalau tak kuat semangat lain oula jadinya tu..