Showing posts with label Ngomel-ngomel. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Mitos : Minum Minuman Sejuk Semasa Cuaca Sejuk Menyebabkan Selesma

Assalamualaikum,
Greeting ;)

I have this habit of drinking iced drinks as well as indulging myself with cone of ice cream during cold weather or on rainy days. I feel like it does highlighted the fact that ice is cold. Hehe. And I don't believe that action may lead to flu or sore throat.

And I also believe that  drinking hot water when you have sore throat is ridiculous. For me, drinking slightly cold drink will give some comfort to my sore throat.

Well. I was partly right and partly wrong.

As for indulging yourself with cold drinks or ice cream during cold weather will lead to sore throat or flu is not entirely correct since there is no scientific evidence that cold can cause flu or sore throat. All doctors over the world agree that flu or sore throat is caused by germ, virus or bacteria.

However, cold weather may actually lower our defense mechanism and decrease our immune system and exposure during the period to the culprit such as germ, bacteria or virus will  be increase the possibilities catching flu and sore throat. Still, it is not definite.

My second believe is NOT totally rejected. Hehe. Scientific findings conclude that the best way to reduce the discomfort of sore throat is by drinking lot of warm water. BUT.. there is a BIG BUt... Other suggestion specifically states that gargling warm salt water, drinking cold drinks or eating popsicle can be the remidies for sore throat. In fact, there are surgical procedures like tonsil-removal that recommends eating ice-cream only. Hurrayyy!! Heheheh..

So, I guess my believes does make sense, no? I'm not trying to convince anybody here but myself and this entry is not intended to influence anyone in any ways. Ok.

Lalalalala~~~

Daaa~~~

Kecewanya.. Alahai Hantu Boceng...

Assalamualaikum..
Salam sejahtera :)

Dah tengok cerita Hantu Boceng? Best tak? Aku  tak tengok lagi.. Aku tengok iklan dan preview di Astro je.. tapi macam best pulak. Lagi-lagi pelakonnya Zizan. Kira bagi pendapat aku dia ni pelawak yang berbakat. Lawak yang segar. Bukan lawak desperate.. Tau lawak desperate?? Lawak macam Azlee Senario tuh.. Suka buat memek muka.. konon lawak.. cit poodah..

Tapi.. terkejut jugak bila tertengok intisari berita di TV9 berkaitan isu menghina Islam dalam cerita tu. Beria-ia aku tunggu berita tu keluar. Konon-konon sambil tunggu tengok Top Chef la kejap. Sedar-sedar berita dah abis.. Apalaaaa... Haihhhh..

Jadi, apabila kau membuat carian dalam google, ditambah dengan sedikit informasi dari en. Sailor, terkejut jugak berkenaan isu ni. Berikut petikan yang aku copy daripada malaysiakini.com

Ketuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan)."Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.

Biar betull? Kalu betullah.. Memang sangat-sangat kecewa dengan kejahilan artis kita ni. Bila aku buat carian berkaitan penulis skrip dan sebagainya, rupanya Pengarah, Penulis Skriip, Lakon Layar dan Penerbit ialah Ahmad Idham. Bertambah kecewa. Sejahil itukah 'karyawan' dan artis Malaysia sehingga sedar atau tidak menghina agama sendiri? 

Komen banyak pun tak guna.

Friday, September 16, 2011

SMS terjahhhhhh!!

Assalamualaikum..
Greetings..

Salam Hari Malaysia :D

Seronok sangat dapat cuti lebih hujung minggu ni. Bermalas-malasan.. oh indahnya.. Hehehe

Bila dah dok bersidai di rumah macam ni, macam-macam yang terlintas. Salah satunya terlintas pasal hal memberi salam atau greetings apabila kita ingin memulakan perbualan.

Almaklumlah, terknologi semakin canggih. Bila-bila masa sahaja kita ingin menghubungi rakan atau kenalan pun boleh. Melalui sms, twitter, facebook, YM dan macam-macam lagi.

Penah tak korang sedang riang ria bersantai-santai, tiba tiba handphone yang canggih berbunyi. Bila diperiksa, rupanya ada SMS diterima. Buka inbox tiba-tiba dapat SMS terjah. Tak ada salam atau sapaan terusss je terjah

"Berapa harga coklat daim di Labuan ek?"  

Kalau ya pun nak bertanya, sekurang-kurangnya bagi la sapaan.. Lebih-lebih lagi kalau diantara kedua pihak tu memang jarang berhubung. Ish.. rasa macam tak senang betul. Apa.. dia ingat aku ni kaunter pertanyaan ke? Kalau bertanya di kaunter pertanyaan pun kena bagi salam atau sapaan tau. Tak ada adab sopan langsung. Huh. - Monolog sendiri. Huhuhu

Secara peribadi la kan.. Bagi aku sapaan tu tak semestinyalah Assalamualaikum (walaupun lebih baik dan afdal..hehe). Sapaan ni bagi aku lebih kepada menunjukkan kepada orang yang kita tanya itu bakawa kita ni beradab.

Kalau rakan atau kenalan biasa yang bukan sampai tahap berkongsi satu tahap gurauan yang sama dan jika sesama Islam... As salamalaikum atau salam pun cukup. Dan kalau tujuan kita menghubungi tu bukan sekadar bertanya khabar atau bertujuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat, sebelum masuk kepada agenda atau pertanyaan, sekurang-kurangnya tanyalah khabar. Pendahuluan itu penting. Sama penting dengan sapaan. Jangan sampai kita memberi tanggapan yang kita ni tiada kesopanan dan tata susila.

Jadi, mungkin bentuk sapaan itu bergantung kepada dengan siapa kita berkomunikasi. Jika dengan kawan yang rapat, yang memang biasa bertepuk tampar.. Mungkin cukup sekadar "aloooo...", "hai...' ataupun "oitsss.. buat apa tuuu?". Ni kira contoh sapaan biasa diantara aku dengan kawan yang rapat.. Gurauan tapi tetap menunjukkan masih ada tanda hormat bila kita memberi sapaan. Walaupun dalam gurauan.

Kut ya pun sayang kredit nak berbalas SMS tanya khabar walhal tujuan asal nak tanya harga coklat atau sebagainya.. Sebelum tanya tu bagi la intro.. Kate belajar tulis esei... Huhu.. Kan senang hati penerima SMS kalau pertanyaan tu dialas budi bahasa dan sopan..

"Salam. Jane ape khabar? Sihat? Sorry la ganggu.. Actually nak tanya ni.. Jane dok Labuan kan..? Coklat daim kat Labuan berapa ek?" 

Haa.... kan molek tu....

Berbudi bahasa dan bersopan santun kan sebab kita takut atau segan, kita berbudi bahasa adalah kerana kita ini orang yang ada budi bahasa.

Jadi kalau tak berbudi bahasa maksudnya.....?

Heheh. Daaaaa.... ;)

Wednesday, September 14, 2011

Insurans pulak *Ini bukan iklan*

Assalamualaikum..
Greetings..

Sejak sebelum cuti Hari Raya lagi aku asyik tertanya-tanya berkenaan insurans.  Aku memang sudah memegang polisi insurans PruBSN Takaful berserta Medical Card.. Tapi masa aku ambil polisi insurans tu, aku satu haram tak faham apa-apa. Nak tanya apa dengan agen tu pun aku tak tahu nak tanya apa sebab apa yang aku tak tahu pun aku sendiri tak tahu. Kira memang zero. Sudahnya, ini tahun keempat aku memegang kad tu tapi aku pernah pula aku pakai medical card tu. Sebabnya aku tak faham bagaimana Medical Card tu berfungsi dan kaitannya dengan sumbangan bulanan.

Alhamdulillah ketika balik ke kampung suami hari tu berjumpa dengan Cik Su yang sekarang ni agen insurans sepenuh masa. Sebelum ni memang aku tau CikSu agen tapi part time. Sekarang ni dah sepenuh masa. Aku pun ringan mulut juga bertanya dengan CIkSu berkaitan dengan insurans. 

Beberapa maklumat yang aku dapat telah 'membenarkan pembelajaran berlaku apabil sel-sel otak berhubung'. Boleh gitu? Hahahha. Menyampah. Serius tuuuuttt menulis pasal insurans. ;)

Aku memang memanfaatkan kemudahan akses internet ni. Perkara pertama sekali yang aku buat ialah 'google' apakah maksud takaful?

Lepas tu timbul persoalan lain. Kalau yang Islamik ni takaful, yang biasa dulu-dulu tu kategori apa? Selepas berineraksi dengan dunia maya maka aku pun dapat input yang aku mahukan. Ooooo.. yang lawan takaful tu ialah konvensional.. 

Jadinya, aku pun 'google' lagi kata kunci 'perbezaan insurans konvensional dan takaful'. 

Sudah tentu la beratus ribu laman web yang wujud berkaitan kata kunci ni. Tapi yang paling senang nak faham ialah daripada blog ustaz zahruddin.  Kalau aku terangkan pun nanti lagi membingungkan. Jadi, aku bagi link je lah >>> zahruddin.net. Banyak info pasal kewangan Islam. 

Kesimpulan yang aku faham..Kalau insurans konvensional, individu akan membayar premium kepada syarikat insurans ni dan premium yang dibayar tu akan hangus. Berbanding insurans takaful, wang yang kita sumbangkan tidak akan hangus. macam itulah lebih kurang.

Jadual perbandingan insurans takaful dan insurans konvensinal. Sumber : http://zaharuddin.net

Konvensional
Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Faham ke tidak bergantung kepada kecerdasan IQ. Ekekekeke. Ampuuunnn.. Gurau-gurau sajaa ;)

Apabila aku sudah mula faham konsepnya, barulah aku mula memahami pelan takaful yang wujud dalam PruBSN yang aku sertai. Untuk pelan segala bagai tu boleh la buat kajian di laman web https://www.prubsn.com.my/. Tak pun cari la agen untuk terangkan. Sebab kalau tak faham langsung pasal insurans ni memang la payah nak faham (sebenarnya aku yang lemmmm..) Heheheh.

Sebenarnya perkara yang aku nak kongsikan ialah betapa perlu sebenarnya kita mempunyai pelan insurans. Bagi aku lah.. memandangkan aku tidak memiliki simpanan berangka-angka, maka jika memiliki insurans, sekurang-kurangnya aku tidak akan membebankan orang lain andai ditimpa musibah. Andaikan ditimpa musibah (na'uzubillah... paliiis-palisss) dan dimasukkan ke dalam wad yang memerlukan kos rawatan beribu-ribu.. mana nak cekau? Jika kita memiliki Medical Card PruBSN ni, insyaAllah nilai Medical card RM500,000 itu pastinya membantu dengan penggunaan maximum setahun RM50, 000. Korang ada RM500k dalam bank? Aku tak ada. Kalau peserta dimasukkan ke dalam hospital panel, lagi mudah. Tak perlu dahulukan duit. Pihak PruBSN akan keluarkan Guarantee Letter (GL) dan peserta tak perlu mengeluarkan sesen pun. Kalaulah peserta memilih rawatan di hospital bukan panel, bezanya peserta kena bayar dulu. Lepas tu, claim la. Dua minggu dapat cek dengan syarat ejen tu proaktif dan buat kerja.  dan juga sudah pasti la ada syaratnya. Kalau masuk wad tu sebab nak suntik botox PruBSN tak layan punya. Hahaha.

Ok. Serius semula.

Selain itu, jika kita dimasukkan ke dalam wad, selain bil dijelaskan oleh pihak syarikat insurans, peserta juga akan menerima elaun manfaat sepanjang berada di wad. Nilainya bergantung kepada sumbangan peserta. Sampai 300 sehari pun ada. Ini adalah contoh jika peserta memiliki Medical Card. Tengah terlantar begitu, sekurang-kurangnya fikiran tenang memandangkan tidak terbeban dengan isu kewangan. 

Nanti sambung lagi ya.. :)

Wassalam..... :)

Saturday, March 12, 2011

Contoh SCAM

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Cakap banyak pun buang masa saja..

Tuesday, January 25, 2011

Bajet busy.. Huhuhu~~

Assalamualaikum..
Salam sejahtera :)

Baru teringat ada blog ni. Kononnya semangat berazam nak sentiasa update tapi akhirnya.... T_T

Apa pun sesi persekolahan 2011 dah masuk minggu yang ke-4. Tahun ni aku jadi guru tingkatan. Jadi memang banyak kerja kena buat. Nasib baik dalam unit lain tak banyak tugas yang aku pegang. Serius aku malas nak layan hal-hal pentadbiran. Aku lagi senang fokus pada pengaajran & pembelajaran je.

Tempat duduk pun aku dah tukar. Sebenarnya tukar sejak hujung tahun lepas lagi tapi nak bagitau jugak di sini. Hohoho. Tahun ni Alhamdulillah dapat subjek opsyen balik walaupun hanya ajar 2 kelas saja. Kira ok la tu. Lagipun dah tinggal sunjek tu setahun. Tahun ni juga dapat ajar subjek Math Form 4. Sebelum ni tak pernah ajar jadi macam huru hara sikit. Kena pula kelas yang hujung.. Huhuhu.. I likeee... ;p

Tapi subjek Sejarah tetap juga kena ajar. Guru tak cukup. Jadi aku ambil 3 kelas tingkatan 4 dari 10 kelas yang ada. Aku dah minta awal-awal dengan Ketau Panitia Sejarah yang kalau boleh aku tak nak ajar form 5 walaupun aku sepatutnya ajar balik kelas tingkatan 4 yang aku ajar tahun lepas. Nasib baik KP boleh pertimbangkan.. Tapi pun dapat kelas yang berlawanan kutub dengan sains tulen. Huhu.. I likeee.. ;p

Kesimpulannya, tahun ni aku ajar semua tingkatan 4. Tahun depan marathon sebab InsyaAllah aku akan follow pelajar ni hingga ke tingkatan 5. Fuh! Macam bagus je.. Miahahaha..

Best ke jadik cikgu nih???

Wednesday, December 15, 2010

Lagu Mengimbau Kenangan

Assalamualaikum..
Greetings..

Tengok tajuk dah boleh agak isi blog. Tipikal sungguh. Ahh.. tak kisah la kan...

Nak tanya soalan. Korang ada tak lagu yang - kalau korang dengar teringat zaman darjah 1 ke, sekolah menengah ke, zaman bercinta ke dan yang sewaktu dengannya. Ada tak? Aku agak mesti lah ada kan.

Aku pun ada jugak. Teheeeee ;D

Contohnya la. Lagu Micheal Learns To Rock yang tajuknya 25 Minutes. Kalau dengar lagu ni mesti teringat zaman sekolah rendah. Ala.. tapi masa tu mana ada boyfriend-boyfriend. Videoklip pun masa tu aku rasa aku tak advance lagi, jadi aku tak pernah tengok. Dari kecil aku suka lagu berdasarkan lirik. Ceeewah.. Baru darjah 6 tuu.. Jadi aku selalu la jugak buat videoklip untuk lagu ini dalam hati.. Hahaha..

Masa form 1 aku dengar lagu Mariah Carey yang Always Be My Baby. banyak jugak la lagu Mariah carey yang aku minat sebab aku memang suka suara dia ni.

Lepas tu lagu yang agak lekat ialah lagu yang agak popular masa zaman aku Tingkatan 2. Aku bukanlah minat sangat lagu ni, in fact aku macam menyampah dengar. Hahaha. Tapi oleh kerana asyik lagu ni je yang keluar di radio, jadi melekat juga la lagu ni dalam benakku. Lagu itu ialah lagu duet Safura dengan satu kumpulan.. aku tak ingat sangat tajuknya tapi kalau tak salah Rinduku Semakin Kuat. Kalau dengar lagu ni mesti tepuk dahi. -_-

Naik Form 3 ada dua lagu yang aku suka dengar. Lagu Arrowsmith I Dont' Wanna Miss A Thing dengan lagu soundtrack Zorro yang aku rasa tajuknya ialah I want To Spend My Lifetime Loving You nyanyian Tina Arena. Tahun ni macam banyak juga lagu. Lagu soundtrack Titanic pun macam terngiang-ngiang tapi tak sekuat dua lagu tadi.

Masuk form 4 dan form 5 macam aku dah tak ingat sangat dah.. Ke aku dah jadi anti-sosial tak dengar lagu? Hahaha.

Tapi masa matrik tetiba tukar mode jadi rocker. Sangat suka la lagu Kejoraku Bersatu oleh Search dengan satu lagu Inggeris yang aku dah terlupa tajuknya. Huhu.

Kalau terdengar balik lagu-lagu lama ni mesti teringat tahun tu. The good old days :) :)

Banyak lagi lagu sebenarnya tapi buat masa ni, lagu-lagu ni yang teringat. Takkan korang tak ada lagu spesel kutt... ;) *kenyit mata dan angkat kening sebelah*

Monday, December 06, 2010

Untuk apa kerja?

Assalamualaikum..
Greetings semua..

Sebenarnya persoalan ni tadi dah post kat FB. Tapi saja-saja nak buat entri lagik. Tamak. Hahaha..

Ingat tak? Apa matlamat PERTAMA yang terlintas di kepala masa pertama kali ter'berangan-angan' tentang kehidupan yang bekerjaya?

Emm.. matlamat ke? Guna perkataan matlamat macam serius sangat. Angan-angan, boleh? Guna istilah angan-angan la. Seronok sikit.. ;)

Dah berjaya capai angan-angan tu?

sumber : google

Masa kecil dulu, aku pun ada jugak angan-angan. Percaya atau tidak, banyak angan-angan yang aku pernah angankan tercapai. Mungkin juga angan-angan tu dulu bukan sekadar angan-angan kosong. Tapi lebih kepada satu harapan . Alhamdulillah, semua angan-angan yang aku menungkan tu adalah yang positif ;)

Beware what you wish for! It might come true...... (versi seram)

Ok. Berbalik pasal gaji pula. Apabila aku dah berfikiran matang sikit, aku mula merintis jalan yang akan aku lalui dalam angan-anganku. Faham ke tak ni?? Hahaha.. Maksudnya aku cuba membayangkan masa depan yang aku mahu dalam fikiran. Apa yang aku pernah terbayangkan ialah hanya tiga sahaja.

Pertama, bagi duit tiap-tiap bulan pada ibu bapa dan juga adik beradik (adik beradik ni takat yang perlu jee.. hahaha). Alhamdulillah, walaupun tidaklah sekepuk, tapi cukup untuk memberitahu mereka bahawa aku amat berterima kasih kepada mereka dan sayang mereka.

Kedua...Jeng..jeng..jeng.. Penjagaan diri. Aku suka sangat luangkan masa di spa atau salon. Bukanlah niat nak cantik atau apa, tapi bagi aku itu adalah sebagai hadiah untuk diri sendiri dan selayaknya kita sendiri pun harus menghargai diri sendiri sebelum orang lain menghargai kita. Betul tak? Betul la tu rasanya istilah memanjakan diri. Ewah.. heheh.

Ketiga. Membeli belah. Dulu memang aku berangan shopping sesakan-sakannya. Mula-mula kerja memang sakan berbelanja. Dan pilihan barangan lebih kepada merapu-rapu. Tapi bila ditimbang-timbang semula, habit tu lebih kepada pembaziran. Jadi aku KURANGKAN. Hahaha.. bukan hapuskan yee... ^_^

Keempat. Melancong! Siapa tak suka melancong kan? Memang best. Aku sangat suka kalau dapat bercuti dan merehatkan diri di hotel. Lagi mewah lagi best! Hahaha.. Angan-angan yang ni Alhamdulillah, dapat la juga tapi perancangan masa dan kewangan kena buat betul-betul sebab kalau tak balik dari melancong pening kepala daaa.... Hahahaha...

Tu je la yang aku pernah angankan dulu sebelum aku ada kerjaya (wahhh! Kerjaya gitu... ^_^)

Kalau dilihat balik, semua angan-anganku macam untuk aku seorang saja kan? Memang. Sebab masa angan-angan dulu tak sempat nak berangan bentuk kehidupan yang aku nak selepas berkeluarga sendiri (dari segi perbelanjaan dan kewangan).

Anda semua takkan tak pernah berangan?

Salam Maal Hijrah :)

Thursday, December 02, 2010

Mengarut....

Assalamualaikum..

Hai hai..

Bosannya. Mr Sailor tak ada hari ini hingga Sabtu. Huhu. Nasib baik mak dan adik beradik ada di sini. Kalau tak tau la macam mana.

Ni tak tau dah entri dan tajuk ke berapa aku cuba nak buat. Setiap kali tulis entri baru, tak sampai setengah penulisan aku mesti tak puas hati. Rasa macam entri mengarut la.. Nampak entri macam syok sendiri la.. Boring la.. macam-macam la...

Rasa nak tabik kat En. C, JMR, Azlin, Ms B dan beberapa blogger lain yang penulisan macam bersahaja tapi menarik. Kena belajar dari mereka ni. Heheh.. Kagum jugak dengan golongan yang mampu menterjemahkan pemikiran melalui penulisan. Kalaulah pakar psikologi analisis cara aku tulis blog, agaknya diorang ni boleh tahu kut yang aku cepat melompat dari satu tajuk ke satu tajuk. Lepas tu banyak point yang macam tergantung. Ni la.. dulu orang suruh belajar belajar buat karangan.. malas. Heheh.

Ish.. bosan la (dah kata daaaaah)

Selamat malam :)

Monday, November 29, 2010

Minuman Soya penyebab kanser payudara??

Assalamualaikum..

Rasa macam nak berblog malam ni. Tapi macam tak pasti nak tulis apa. Terus saja teringat draf-entri-dalam-hati yang dah tertangguh berminggu-minggu.

Minuman soya penyebab kanser payudara?

Umum sudah maklum bahawa kanser ini adalah penyebab utama kematian wanita di negara kita. Aku dah pernah terbaca artikel pasal ni cuma baru-baru ini teringat semula. Dan baru-baru ni aku tertonton daru dokumentari dalam tv yang membuatkan aku menjadi semakin skeptikal tehadap produk ini.

Aku yang sebenarnya 'hantu' soya dah jadi berfikir lapan sembilan kali setiap kali hendak membeli minuman soya ni. Sekarang aku dalam proses mengumpul maklumat dan sedang dalam usaha mengurangkan pengambilan minumam soya diproses. Entah la.....

Oleh kerana kemalasan telah menguasai diri, nanti jak lah aku sambung semula. Aci tak?? Hehehe..

Jangan maraaaah.. ;pppp

Sunday, November 21, 2010

Alahai Datuk Lee Chong Wei..

Assalamualaikum..

Azam nak update blog setiap hari gagal lagi.. Huhu.. Tak apa, boleh cuba lagi. Yang ni kira aci lah sebab busy gilos Khamis & Jumaat. Kerja sampai ke malam. Semalam pula buat husband nak buat open house untuk kawan-kawan dia.

Aku tak sempat nak mengajak rakan-rakan belah aku sebab aku rasa ramai yag dah balik plus bendanya nak buat tak plan. Main buat je. Yang dijemput rakan-rakan husband ada dalam 40 orang plus denagn ahli keluarga dan jiran terderkat. Dah hampir setahun menghuni di taman perumahan ni, jadi ambil kesempatan lah kenal jiran rapat lagi. Sebelum ni main hai-hai je. Heheh.

Menu pulak ada lah sikit-sikit. Ada nasi himpit dengan kuah kacang, tumbu' (makanan tradisional kaum Bugis :)))), rendang daging, ayam masak merah (favourite aku), bihn goreng udang dan sate. Semuanya masak sendiri kecuali sate. Hebat tak aku?? Hahha.. Tak hebat sebab aku pembantu je. Yang chiefnya mak aku. Terima kasih mak :))

Lauk pulak banyak terlebih sebab aku risau tak cukup. Sudahnya aku pass dekat adik aku kat matrik tu suruh dia pulak buat open dorm. Hahaha.

Eh? Dah lari tajuk..

Hurmm.. Dah sah Datuk Lee Chong Wei hanya mampu meraih pingat perak dalam perlawanan akhir bertemu Lin Dan semalam. Sedih wooo T_T  Walaupun pahit, aku tetap sokong pasukan negara kita. Ye la.. siapa yang sengaja nak kalah kan? Banyak faktor harus diambil kira. Dan kebanyakan faktor tu kita mungkin tak tahu. Jadi peminat badminton negara jangan pulak sumpah seranah ye. Yakin lah atlit kita telah cuba buat yang terbik semampunya.

Kalau tak puas hati jugak kau pergi daftar ganti Chong Wei. Ada berani?? Eh..eh.. Ter-emo pulak. Heheh ;))

p/s : Ada orang betul-betul terpengaruh dengan BB Torch tu. Da siap beli pun... Huahuahua.. Harap dia berpuas hati la ;;)))

Friday, November 12, 2010

Tak Boleh Ke jadi ORANG BAIK Di Jalan Raya??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hati panas pun kene bagi salam jugak. Sebab panas hati tu pada orang lain. Takkan la nak lepas marah pada orang lain pulak..

Aku rasa jalan raya ni memang tempat nak uji kesabaran dan tahap kebertamadunan seseorang. lebih lebih lagi bila memandu pada waktu punca di kawasan-kawasan tertentu contohnya di kawasan sekolah. Kadang-kadang jadik speechless mengengok ke'selfish'an manusia ni. Macam....... eiii... memang tahap tak terkata apa-apa.

Yang meletak kereta sehingga menghalang kenderaan lain memang dah biasa. Kalau bawak lori rasanya aku dah gesel kereta yang macam tu. Apa lah salahnya cuba berfikir dan letakkan diri dalam keadaan orang lain. Kalau berhenti sekejap sebab penumpang dah stand-by nak naik tu tak apa. Masalahnya boleh pula parking lepas tu buat bod** dalam tu sedangkan dia sedar yang kereta dia tu menghalang lalu lintas. Tak selfish ke macam tu?Baling dengan ikan busuk baru tau..

Ada pula yang buta warna berhenti di kotak kuning. Kenapa berhenti kat kotak kuning? Sebab lampu trafik warna merah, jadi kereta tak bergerak ke hadapan. Pemandu yang gelojoh dan tak ada civic-minded ni rasa tak puas hati kalau biarkan kawasan kuning tu kosong sebab takut sangat ada kerta lain yang potong kereta dia. Hei! Kalau dah kotak kuning tu mana-mana kereta pun tak boleh berhenti situ la! Takkan la tak boleh fikir untuk kereta lain yang nak keluar simpang ke apa ke. Kalau kerea dah block situ, tak pasal-pasal kereta yang nak keluar simpang pun jammed! Tak rasa bertanggungjawab ke menyebabkan kesulitan orang lain? pelik... pelik...

Lagi pelik pasal meletak kereta di bahu jalan sedangkan sebelah tu ada ruang meletak kenderaan. Alasan? Berhenti sekejap je. Kesan? Kalau jalan tu sempit, kereta lain yang nak lalu tak lepas! Kalau semua di dunia ni bawak mini car boleh la rumuskan begitu.. Kalau yang bawak lori? (lori laaagi.. hehe) Ada juga yang meletak kenderaan di tempat yang sepatutnya tapi dengan cara yang super selfish sampaikan ambil dua parking spots. Haish..

Zebra crossing pun bila tidak digunakan dengan bantuan lollipop-man pun boleh mengakibatkan kesesakan. Yang ni bukan la salah sesiapa. Cuma sekadar membuka minda. Mana tidak.. kalau zebra crossing tu digunakan oleh dua buah atau tiga buah sekolah yang berdekatan dengan jumlah pelajar mencecah 3 ribu, tak ke haru? memang la bukan seratus peratus yang menggunakan tetapi mungkin dalam 50%. Masih dalan ribu lagi. Bayangkan lepas seorang.. seorang pelajar melintas.. kesannya agak ketara. Kalaulah setiap sekolah menugaskan pengawal keselamatan sekolah untuk bergilir-gilir sebagai lollipopman hanya pada waktu pulang sahaja, aku rasa masalah ini boleh dikurangkan. Lagipun lebih menjamin keselamatan pelajar. Bukan lama pun, mungkin dalam masa 30-40 minit sahaja.

Pejalan kaki pun sama jugak. Berjalan macam ada stok nyawa kat dalam laci rumah dia. Sudah la berjalan di atas jalan raya (dibaca : bukan di atas bahu jalan), jalan pulak sambil ber'sms' dan tidak menghiraukan kereta yang lalu di tepinya. Ataupun melintas sambil bercakap di handphone tanpa melihat kiri dan kanan. Terdetik jugak macam aku nak gelek je ibu jari kaki dia ni biar dia rasa macam mana sakitnya kemudian darablah 10000000. Hei.. Nyawa sendiri pun nak orang lain jaga ke? Pelik.. Pelik..

Lampu isyarat ke kiri dan ke kanan pun satu hal. SUSAH ke??? Guna satu jari je pun. Tanpa kos. Tak luak minyak pun. SUSAH ke??

SUSAH LA KUT SEBAB PEMANDU KITA MASIH MINDA KELAS KE-TIGA. (*tak semua)

TAK COOL LANGSUNG PEMANDU YANG :

1. Tidak memakai tali pinggang keledar/topi keledar
2. Masuk/keluar simpang atau mengubah haluan kenderaan tanpa memberi lampu isyarat.
3. Berhenti di kotak kuning
4. Meletak kenderaan sesuak hati
5. Membuang sampah merata-rata dari kenderaan yang bergerak
6. Tegar untuk berada di lorong kanan walaupun sedar kereta kau bergerak macam siput sambil bergurau senda dengan awek baru. Lebih-lebih lagi lelaki pakai aviator hitam, buka tingkap, siku kanan keluarkan dari tingkap, sambil hisap rokok, bawak kereta yang modified macam ^&%&*, ekzos besar, bunyi kuat, duduk lorong kanan, dan gerak macam siput. BUDGET HANDSOME????? 

Helllllooooooooooooo..

Bahasa Oh Bahasa

Assalamualaikum..
Greetings :)

Kalaulah korang perasan blog ni, ada macam-macam versi bahasa. Ok. sebenarnya ada dua bahasa je yang aku guna. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tapi kalau tengok aras atau gaya bahasa (ceeeeeewah..) yang aku gunakan untuk Bahasa Melayu, memang bertingkat-tingkat.

Kenapa ya?

Jawapannya : Dilema bahasa.

Blog ni asalnya aku buat adalah sebagai tempat aku nak meningkatkan penulisanku dalam Bahasa Inggeris. Rasa sayang pula tak guna kan sebab dah pernah belajar dulu dan 'kebetulan' masih beleh digunapakai. Hahaha.

Tapi beberapa kali aku blogwalking ada juga blog yang aku baca tu mempersoalkan bahasa rojak yang dipakai oleh para blogger. Tak... Tak.. aku tak salahkan mereka. Aku sebenarnya setuju. Sebab tu lah kalau korang check balik entri-entri sebelum ni gaya bahasa yang aku guna tu sekejap lain.. sekejap lain. Berubah ubah. Sebab secara patriotiknya aku nak jugak menonjolkan penghargaanku dan sanjunganku terhadap bahasa kebangsaan dengan menulis blog menggunakan laras bahasa yang betul jika menulis menggunakan Bahasa Melayu. Akibatnya, penulisanku jadi seakan-akan tergantung. Lama aku mencongak-congak dan mencari rasioanal kenapa aku rasakan kalau menulis dalam bahasa yang agak standard, aku rasa macam tak gembira pula tulis blog ni. Macam bukan aku yang sebenar.

Akhirnya aku memutuskan.

Minta maaf Dato' Seri Utama Rais Yatim yang aku kagumi kerana berusaha memartabatkan bahasa Melayu walaupun beliau sendiri fasih berbahasa asing.

Aku membuat keputusan untuk mengkategorikan gaya bahasa dalam blog ni kepada tiga:
1. Bahasa Inggeris - sebagai kesinambungan usaha aku untuk memperbaiki mutu penulisan
2. Bahasa Melayu (standard) - untuk entri yang lebih kepada isu ilmiah
3. Bahasa suara hati - bahasa bebas yang digunakan seharian dan menunjukkan diriku yang sebenar. Mungkin dialek semenanjung atau juga dialek Sabah :)

Mungkin jenis yang 3 akan selalu menjadi pilihan. jadi, mulai hari ini, aku takkan serba salah lagi nak guna bahasa yang mana.

Satu jak yang pasti, aku cuba untuk tidak menggunakan shortform :)

Setuju tak? :)

Monday, November 08, 2010

Hari Isnin yang basah~~

Salam....

Huh. Rasa best pulak. Kenapa ye? Sebabnya saya dah selesai dipantau oleh GKMP atau Ketau Bidang. Cuak la jugak sebab aku aku baru je mengajar subjek Sejarah ni. Kalau ikutkan opsyen aku ialah Fizik dan dulu masa sekolah lama aku mengajar subjek Fizik dan sians untuk tingkatan 4 dan lima. Tup tup pindah ke sini aku diberikan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu pulak. Mau terkincit aku pada awalnya. Ye la. jauh benar terpesong dari mata pelajaran opsyen aku. Bukanlah aku merungut. tak. Cuma cuak.. cuak beb.... Huhu.. Mengajar Sejarah mungkin aku boleh cuba tanpa banyak masalah tetapi Bahasa Melayu?

Ooo.. melekehkan Bahasa ye. Act la tu taknak mengajar BM. Mentang-mentang opsyen Fizik..

No..no..no.. Tak.. Sumpah tak. Pandai-pandai je serkap jarang. Biasa nih. Huh. Bagi aku, kasi la apa subjek sekali pun. Geografi ke, Kemahiran Hidup ke.. takpe.. Aiman tak kisah. Tapi tolong lah tidak subjek bahasa. Bahasa apa sekali pun tolong jangan. Tak yakin beb.

Tapi oleh kerana dah diberikan, untuk seminggu dua tu aku ikut je jadual yang dikeluarkan. Dan sepanjang masa tu lah setiap kai nak masuk kelas aku jadi panik. Bukan ape.. aku betul-betul blur. Sedangkan pembahagian bab pun aku tak berapa faham. Aku ni pulak jenis yang kalau benda yang paling basic aku tak faham.. selagi tu aku tak puas hati dan payah la nak gerak ke hadapan. Jadinya, setiap kali masuk kelas je buat ayat. Cuak.. cuak..

Nasib baik selepas itu ada perubahan jadual. Lepas tu aku dah tak diberikan subjek Bahasa melayu. Aku ajar Sejarah tingkatan 4 3 kelas. Fuh.. lega. So, semangat sedikit sebanyak naik. Dan setakat ni aku dah mula rasa selesa dengan subjek Sejarah. tapi aku tetap fight nak mengajar semula mata pelajaran opsyen aku masa DPLI dulu. Alhamdulillah, InsyaAllah tahun hadapan aku akan mengajar semula subjek Fizik kegemaranku. Tambah lagi dengan subjek Matematik dan ketika Kak Nida, Ketua Panitia Sejarah bertanyakan kalau aku boleh ajar Sejarah lagi aku pun bersetuju. Kenapa tidak kan? Aku sudah ada satu tahun pengalaman mengajar subjek yang dulunya asing bagi aku. Tapi sekarang aku rasa rugi kalau aku mensia-siakan. dengan sedikit penambahbaikan, mungkin pengajaran aku akan lebih berkesan. Em.. mungkin bukan sedikit penambahbaikan.. tapi banyak la jugak.. Hahaha..

Jadi aku sedang sangat tak sabar untuk menantikan tahun depan. Optimis :)

Err.. apa kaitan pulak dengan tajuk entri Isnin yang basah?? Oh.. pagi tadi hujan lebat, jadi basah la. Dan ada beberapa rumah kedai yang dilimpahi air setinggi 2 kaki. Tu je lah :)

Selamat memulakan minggu yang produktif :)

Saturday, November 06, 2010

"nanti k0 ajar aq gna mesin r"

Salam..

Itu adalah ayat terakhir seorang hamba Allah yang membuatkan aku ter'erk'.

Hamba Allah ni telah menggunakan khidmat kewanganku. nak di jadikan cerita, dia nak bayar balik nilai tersebut. Maka kami pun berkomunikasi menerusi SMS.

F : Jini, maw byr mcmana ya?
Aku : Bankin la. Ada mebeng2u?
F : Ndakda. kalu bsn nda b0le ka?
Aku : Aku xda bsn. Bsn ada online ka? Kalau ada bole la tu interbank giro transfer. Trnsfr pg mebengku.
F : o9?almk. aq mana pndai. kalaw aq kirim cash b0le?
Aku : Chait. Kunony ko ni. Wiken ni ko kuar ka? Pg bnkin lanpki mesin deposit?
F : Ok. e2 lagi snang. nanti k0 ajar aq guna mesin r
Aku : -_-! ok

Perbualan ini menyedarkan aku ada lagi manusia yang masih bergantung kepada cara lama. Kirim cash? Dah hampir 10 tahun aku ak berkirim cash!

Alaaaaahaaai adikku.... Tahun depan da nak pergi UK. Boleh ke ni? Hahahaha..

Wednesday, November 03, 2010

Template baru laaaagii...

Assalamualaikum.. :)
Balik-balik template baru. Tukar template lebih kerap daripada update blog. Sebenarnya mood nak update tu kurang memandangkan template macam tak besh. Bila jumpa yang best, ada pulak benda yang kita nak tak ada dalam template tu.
Contohnya template ni. Suka design yang simple tapi kenapa tak ada navigation bar?
Lepas tu macam mana nak edit posted entry yang separuh kepada full view? Tak nak la ada 'read more'.. macam laa panjang sangat entri tuh. Hoho.
Nak edit sendiri tapi buta IT. Ada sesiapa yang bijak bestari boleh tolong ;)

Tuesday, September 07, 2010

serunding udang di kala hujan renyai-renyai..

Assalamualaikum..
Huhu.. Tajuk entri bukan main lagi. Hari ni aku bertekad jugak nak post satu entri sebelum Hari Raya Aidilfitri. Takkan nak tunggu aidiladha.. Lambat sangat la pulak. Hohoh.
Kemarin (ke minggu lepas.. tak ingat) husband request serunding udang macam yang mak pernah buat. Kiranya husband aku ni dengan serunding udang ni macam love at the first sight la. First dia merasa serunding udang mak aku masa aku konvo DPLI di UTM. Sejak hari tu kalau hari raya je asik request serunding udang. Tapi tak ape la.. sebab aku pun suka makan jugak cumanya sekarang ni je sejak allergik aku melanda balik.
Dijadikan cerita, setelah berding dong segala bahan, lepas buka puasa di Deep Sea tadi kami pun memulakan operasi. Sebenarnya tak lah mula betul-betul pun sebab kelapa tak siap parut lagi. Husband insist nak guna kelapa dari pokok kelapa depan rumah tu. Sudahnya dari pukul 4 petang tadi sambung bulul 9.30 tadi.. pukul 11 baru lah siap kelapa parutnya. jadinya masak-memasak serunding tu bermulalah pukul 11.45 dengan diiringi hujan renya-renyai. Huhu.
Nasib baik la aku ni jenis yang susah nak tidur kalau esoknya nak travel jauh. Huhu. Pukul 145 tadi akhirnya siap jugak la serunding yang tak seberapa pun... tapi.. boleh laaaa... bulih la kampung kaaaaampung... (ni tag line orang belah sini. huhu)
So, esok flight pukul 5.20 petang. Memang la sangat-sangat berdebar nak menempuhi hari esok. Ceewaah. Bukan apa.. Ryyan sekarang makin menjadi-jadi onarnya. Huhu. Genap 5 bulan dah nampak cerewetnya. Genap 6 bulan semalam laaaagi la. tak pernah-pernah die buat perangai meraung menagis malam-malam tetibe semalam menangis bagai nak rak. Aku dah cuak. Sudahnya pukul 2 baru la dia tidur. Tu pun sebab dah letih nangis kot dan dia tidur dalam dakapan ibu yang dah duduk tersandar kat katil sebab mengantuk. Aduii.. pening ibu, ryyan.
Alamak. Ryyan dah merengek-rengek. Ish.. macam tau je ryyan ni aku mengumpat die. Bangun nak nenen la tu.
Daaaa...

Thursday, August 19, 2010

Salleh oh Salleh

Adui.. banyak sangat perkara yang berlegar-legar dalam ruang fikiranku ni (ruang??) Daripada menu berbuka harian.. kegirangan dapat breastpump baru.. hinggalah salleh gregor samsa nih. Salleh gregor samsa? siapa itu? lawyer? margistrate? ahli muzik? Aku tak peduli ko la salleh! Aku menyesal mengambil tau sebab tekanan darahku membentuk satu gelombang sinusodial yang ampitudnya tidak sama bagi setiap denyut. Faham tak? Aku tak nak kesah ko faham atau tidak sebab aku bukan sedang mengajar ko untuk lulus SPM. Maafkan aku wahai anda yang membaca kerana aku menulis dalam keadaan separa sedar. Aku pun tak nak ulas apa-apa pasal budak ni sebab aku bukan pengulas sukan. Cuma yang aku mau katakan : Bertaubat lah wei kepada En. Salleh ni dan golongan yang sewaktu dengannya. Dan rakan dan sahabatku, sesungguhnya golongan seperti salleh ini telah diuji dengan ujian yang berat ini dan kelihatan seperti tidak mampu menangkis jadi marilah kita sama-sama berdoa untuk diri kita dan keluarga kita agar dikuatkan dan ditetapkan iman kepada agama yang benar ini. Dan semoga golongan seperti salleh ini bertemu jalan kembali ke pangkal jalan. Amiin. Sesungguhnya, sekarang ini akhir zaman. Kita juga manusia biasa sama seperti Salleh ini. Jika kita diuji dengan ujian sebegitu, sekuat manakan iman kita untuk menangkisnya? Jadi, banyak-banyaklah berdoa. Na'uzubillah.... Ok. Cukup la.

Monday, April 26, 2010

"Tiada Masalah Jangan Cari Masalah"

Dah lama aku pegang kata-kata hikmah ni dan Alhamdulillah la.. setakat ni, kata-kata ni masih terpakai. Aku pun dah tak berapa ingat siapa yang ungkapkan kata-kata ni. Seingat-ingat aku la.. kata-kata ni aku dengar daripada ustaz yang mengajar kelas aku Pendidikan Islam masa Tingkatan 3 dulu. Tak silap aku namanya Ustaz Makhtar atau lebih glamer sebagai Ustaz Ko-op sebab ustaz ni yang jadi cekgu koop.
Masa mula-mula aku dengar ungkapan ni, aku macam tercengang sekejap (sebab masa tu aku tengah borak-borak kecil dengan Lynn kut..)
Aku cuba nak cernakan maksud kata-kata tu. Bila aku timbang-timbang, ada jugak benarnya kata-kata tu.
Kita ni suka sangat buat perkara yang pada akhirnya, menyusahkan diri sendiri. Kadang-kadang kita tau risiko yang kita bakal hadapi tapi degil nak juga buat konon-konon tak mungkinlah jadi begitu... Konon-kononnya tak apa.. sekali ni je.. Pernah tak? Kadang-kadang masalah yang serius bermula daripada satu perkara yang kita tak duga pun kaitannya Kalau perkara yang baik tak apa la jugak kan? Ni maksud aku konteks yang tak baik.
Apa yang aku merepek ni??

Monday, April 12, 2010

lesen oh lesen

Aduss! Baru aku perasan rupa-rupanya lesen aku dah expire.
Jadi, rupanya sepanjang aku di Labuan ni aku dah jadi pemandu tanpa lesen yang sah. Huhu. Tapi, hari tu ada roadblock JPJ tak pula kena tahan. Confuse.. confuse..
Oh. Hari ni kena juga renew lesen.. Uhuuuhu..