Thursday, January 27, 2011

Guru Cabuk

Assalamualaikum..
Salam sejahtera :)

MODE : MOODY + MESSY

Memang bosan kalau blog hoppung asyik jumpa blog yang cerita diri sendiri. Tapi.. ye lah.. Kalau bukan cerita pasal diri sendiri pasal siapa lagi? Daripada membelog menyakitkan hati orang baik aku merapu pasal diri sendiri.

Huh.

Tekanan awal sesi persekolahan memang menekan. Ahh.. sepatutnya aku tak memperdagangkan cerita rumah tangga sekolah tapi ahhhh.. kali ni persetankan. Seriusnya aku dalam mood yang rasa nak pijak muka orang.

Guru adalah pegawai yang paling cabuk sekali. Bukan aku gila pangkat. Bukan aku gila nak oran panggil aku pegawai. Bukan. Rasa ni terbit daripada monolog dalaman aku sendiri. Mungkin juga salah. Sebab aku berfikir dalam keadaan emosi. Tapi mungkin meluahkan di sini membantu. Mana tau ada insan-insan yang mampu memperbetulkan mana yang silap. Sila bantu.

Bunyi tugas guru senang kan? Kerja setengah hari saja. Cuti pulak banyak. Cuba dulu masuk profesyen ini barulah komen.

Aku memang minat nak jadi guru. Masa kecil dulu main cikgu-cikgu aku mesti nak jadi cikgu. Lepas tu adik-adik aku yang jadi pelajar stress sebab cikgu ini terlalu serius sehingga adik yang 4 tahun menangis sebab tak pandai eja LAGU. Menakutkan sungguh aku ni.

Aku ingat jadi cikgu tugasnya macam dalam tv. Cikgu akan berdepan dengan pelajar nakal dan cikgu berkorban masa dan tenaga membantu golongan sebegitu untuk berubah. Daripada gagal terus dapat jadi pelajar cemerlang. Guru juga akan menjadi insan yang mulia sebab sentiasa prihatin dan membantu pelajar. Oh. Memang mulia.

Hakikatnya?

Sampai di sekolah rupanya tidak seindah itu. Pada awal tahun guru akan jadi kerani dan ceti.

Tiba hari sukan guru mula selongkar almari cari seluar track. Tiba-tiba semua transform menjadi jurulatih. merentas desa lah.. sukan tara la.. macam macam ada....

Kalau ada guru yang tidak hadir, maknanya ada guru yang akan jadi babysitter.

Awal tahun dan akhir tahun guru akan jadi makcik cleaner. Setiap guru mesti memegang satu badan unit beruniform dan satu lagi kelab. Unit beruniform wajib membuat 18 kali perjumpaan dan kelab persatuan membuat 12 kali perjumpaan. Ok. yang ni aku tak kisah sebab ko-kurikulum. Maknanya komponen jugak dalam kurikulum. Ya atau tak wallahualam.

Program-program lain yang dianjurkan oleh agensi kerajaan lain belum masuk lagi. Bukan satu, dua atau tiga.. Banyak. Setakat Januari ni satu agensi kerajaan dan satu jabatan kerajaan sudah buat program. memang meletihkan. Masa ni transform jadi security sebab kena kawal pelajar. Letih jangan cakap. Sabar... sabar...

Kenapa tiba-tiba aku merungut kalau aku memang minat dan suka profesyen ni.

Aku sangat kecewa sebab guru dilonggokkan dengan tugas yang membazirkan profesionalism guru sendiri. Aku rasa macam 70% masa di sekolah hanya menyelesaikan hal pengkeranian dan hal yang tiada kena mengena dengan P&P atau yang berkaitan dengan pembangunan pelajar. Kenapa??

Orang lain nampak guru kerja separuh hari. HELLLOOOO.. yang setengah hari tu ialah jadual P&P. Bukan tugas guru habis pukul 12 tengah hari. Tak sempat di sekolah, kilik buku pelajar nak tanda. Oh ya. jangan lupa buku rekod pengajaran yang mesti di tulis setiap hari.

Aku kasihankan profesion ini. WAHAI GURU, SEDARKAH KITA BAHAWA MASYARAKAT MENGGUNAKAN REVERSE PSYCHOLOGY UNTUK MEMERAS TENAGA KITA? AKS yang sengaja buat overtime pun dapat claim tapi guru? Claim perjalanan?? Sepanjang yang aku pernah claim dari sekolah, SEKALI pun tak pernah dapat.

Ok. Berbalik kepada reverse psychology. Bila guru merungut, kita akan diingatkann supaya niatkan jadi ikhlas sebab guru adalah pekerjaan yang mulia. Jadi guru-guru dengan rendah dirinya bersabar dan bersabar sehingga berjaya menduduki tangga pertama profesyen yang paling ramai tekanan jiwa.

Jangan nak umpan aku dengan perkataan IKHLAS semata-mata supaya kerja korang senang.

Entri ini akan dipadam setelah aku rasa puas hati.

Tuesday, January 25, 2011

Bajet busy.. Huhuhu~~

Assalamualaikum..
Salam sejahtera :)

Baru teringat ada blog ni. Kononnya semangat berazam nak sentiasa update tapi akhirnya.... T_T

Apa pun sesi persekolahan 2011 dah masuk minggu yang ke-4. Tahun ni aku jadi guru tingkatan. Jadi memang banyak kerja kena buat. Nasib baik dalam unit lain tak banyak tugas yang aku pegang. Serius aku malas nak layan hal-hal pentadbiran. Aku lagi senang fokus pada pengaajran & pembelajaran je.

Tempat duduk pun aku dah tukar. Sebenarnya tukar sejak hujung tahun lepas lagi tapi nak bagitau jugak di sini. Hohoho. Tahun ni Alhamdulillah dapat subjek opsyen balik walaupun hanya ajar 2 kelas saja. Kira ok la tu. Lagipun dah tinggal sunjek tu setahun. Tahun ni juga dapat ajar subjek Math Form 4. Sebelum ni tak pernah ajar jadi macam huru hara sikit. Kena pula kelas yang hujung.. Huhuhu.. I likeee... ;p

Tapi subjek Sejarah tetap juga kena ajar. Guru tak cukup. Jadi aku ambil 3 kelas tingkatan 4 dari 10 kelas yang ada. Aku dah minta awal-awal dengan Ketau Panitia Sejarah yang kalau boleh aku tak nak ajar form 5 walaupun aku sepatutnya ajar balik kelas tingkatan 4 yang aku ajar tahun lepas. Nasib baik KP boleh pertimbangkan.. Tapi pun dapat kelas yang berlawanan kutub dengan sains tulen. Huhu.. I likeee.. ;p

Kesimpulannya, tahun ni aku ajar semua tingkatan 4. Tahun depan marathon sebab InsyaAllah aku akan follow pelajar ni hingga ke tingkatan 5. Fuh! Macam bagus je.. Miahahaha..

Best ke jadik cikgu nih???