Pagi ni Ryyan bangun awal. Dalam sehari dua ni makin banyak pulak bunyik yang si kecil ni buat. Geli hati kadang2.. ;)
...
Oleh sebab mak dan gengnya stay kat umah adik aku sorang lagi, ati maka kitorang pun janji nak kumpul kat rumah ena sebelum bertolak. dek kerana apa sebab pun aku tak tau, geng ati ni boleh pulak terlepas sampai masuk ke highway ke kuantan tu. jadinya kami jumpa dekat R&R mane tah.. aku pun tak ingat. pendekkan cerita kami sekeluarga konvoi ke kuantan pada awal subuh tu. tiga buah kereta semuanya. oleh sebab takut driver mengantuk (kononnye), kami buat peraturan tidur gilir-gilir. ala-ala sentri pulak. ingatkan mengantuk dalam kereta tu tapi nasib baik la ena pakar joyah jadi memang segar je mata sepanjang perjalanan tu.
Tempat yang dituju ialah rumah papa iaitu keluarga angkat aku sejak aku sekolah di kelantan lagi. haa.. yang ni entri lain pulak. tapi famili ni adalah famili yang jaga aku dan buat aku macam anak sendiri. kami sampai ke rumah papa hampir pukul 0730 pagi. maljis pentauliahan mula pukul 0800 pagi. kelam kabut la jadinya. dah la tu.. aku lupa pulak bawak baju kurung. ampeh. last2 pinjam baju anie. hihi. nasib baik ngam2. oleh kerana yang lain da tak larat, maka aku dengan anie je yang pergi ke pentauliahan tu. nasib baik la sempat jugak sampai ke pusat latihan untuk tengok apa-apa yang patut masa pentauliahan tu. masa tu tuhan saja la yang tau mengantuknya biji mata ni dengan muka yang sembab dan macam tak tidur seminggu. huh.
Sepanjang di kuantan tu, kami stay di homestay yang selesa :) sempat la jugak kanak-kanak ribena tu merayau-rayau ke teluk cempedak. siap mandi lagi. balik pulak dah lewat petang. tak pasal-pasal kena ceramah dengan ayah kitorang. haha. nasib baik aku tak ikut sebab petang tu pergi shopping baju untuk dinner malam tu.. punyalah cerewet.. last2 beli baju kurung jugak. hahaha.. memang kelam kabut masa tu sampaikan aku nyaris-nyaris menghanguskan baju batik yang hasben aku nak pakai malam tu.. ;p nasib baik sikiiiit aje dan di tempat yang terlindung. fuh.. nasib hasben tak marah. heheh.
kasut fevret aku tapi da rosak.. :(
Masa dinner tu aku da tak boleh nak concentrate makanan yang lazat sebab penangan letih tu dah mula menjelma.. lagipun malam tu papa dengan mama iaitu keluarga angkat aku buat bbq untuk kitorang di homestay tempat kami menginap. jadi semakin la meronta-ronta nak balik awal. sebelum majlis habis, kami da curi-curi kuar. hehe. rupa-rupanya ramai lagi yang nak balik awal macam kitorang. hehe. sampai di homestay tu pulak, kami sambung dengan bbq. meriah... rasa letih pun hilang.. :) ramai yang datang.. kak long dengan abg syah pun ade..
Sepanjang minggu sebelum tu sebenarnya aku rasa macam ada yang tak kena sebab selera makan aku da macam king kong. dua tiga minit pegi buka peti.. asyik maaakan aje. memang la aku ni suke makan tapi time tu tahap yang da meragukan.. sampaikan kakak dengan adik aku siap kate lagi " kami yang penat tengok ko makan". itu maksudnya aku makan tak benti-benti. bila aku bagitau dengan husband, kami decide nak try test kut2 la kan 'bersebab'.. jadinya petang sebelum ke dinner tu aku check guna pregnancy test kit dan amatlah aku terkejut bile keputusannya positif. tapi aku tak yakin sebab aku rasa mungkin aku salah baca instruction guna test kit tu. tapi hasben da beria-ia sangat.. :) rasa lucu sangat bila ingat balik. hehehe.. tapi aku memang tak percaya test kit tu. aku pakse hasben bawak pegi klinik. tapi oleh sebab nak join bbq, hasben janji nak bawak g klinik kat kelantan nanti.. aku pun ok.. tapi mase tu dah berdebar2.. ye la.. kalau la betul ade... nasib baik tak jadik ape2 time aku melompat-lompat dan smash (ceeewahh..) mase main badminton.. heheheh.. lepas tu sebat air gas tak benti2..
Malam tu sume terbongkang. nasib baik la dapat homestay yang kire selesa. Aku amatlah pentingkan keselesaan time2 macam ni. Kalau aku sorang je tak pe la.. tido dalam kemah pun ok. Tapi ni da bawak kerabat-kerabat ni kesian aku rasa. dah la letih.. so aku nak pastikan diorang dapat yang kalau tak terbaik pun at least sebaik yang aku mampu.. ceewah..
Perjalanan keesokkan harinya memang panjang.. tapi seronok.. ala-ala jalan-jalan cari pasal.. hehehe..
mak aih.. panjangnya entri ni. sambung nanti la..
2 comments:
heeee.nice entry jane :)
can't wait for the next one!
*ai plak tersenyum simpul sambil bace*
hehehe..
i'm sure u have experienced the same feeling, kan? *wink*
Post a Comment