..
Ean (pronounce : e-yearn. Panggilan untuk ryyan cayang bucuk masam ;))
7 april hari tu aku bawa ean ke klinik untuk appointment yang pertama. Berat ean sekarang 4.3 kg. Panjang 55 cm. ean kena suntikan kedua hep B. Masa kena suntik ean tengah tidur. dek kerana sakit tambah terkejut, ean meraung 3 saat sebelum tidur balik ;) dan itu adalah raungan dan tangisan yang palin kuat ean buat sepanjang ni :) Ean baby ibu memang good boy :)
...
Sampai di Machang da lewat petang. Husband terus balik rumah di Air Lanas. Nak tengok-tengok persiapan la lebih kuang. Malam tu mama insist tido umah diorang kat Machang. Malam tu jugak bawak geng jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh. Aku da berkira-kiran nak memborong tudung. Tapi bila da sampai sana jadi rambang mata. Last sekali satu apa pun tak beli. Hihi.
Esokknya kami bertolak ke Air Lanas. Ibu mertuaku (ewah ;)) da booking homestay yang dekat dengan rumahnya. Pukul 10 pagi pak/mak andam sampai. Diorang ni suami isteri. Tapi yang mekapkan aku ialah pak andamnya. mak andamnya tolong pakaikan baju pengantin je. Siap-siap je kami terus ke rumah husband. Husband pun siap-siap di situ jugak.
Sampai je kat rumah belah husband mak aih...ramainya orang. Majlis tu diadakan hari ISNIN. sepatutnya hari Sabtu tapi sebab pentaulihan tu hari Sabtu dan aku pulak da siap beli tiket, jadi terpaksa jugak la buat hari Isnin tu. Tapi Alhamdulillah, tetamu memang ramai. Macam terasa heri cuti pulak. Kitorang bertukar ganti baju 3 pasang. Aku yang da rimas pasrah je. Lepas je baju terakhir, aku terus tukar pakai baju kurung je salam-salam dengan tetamu. Uih.. tak takan den. Hihi.
Esoknya rombongan belah aku (macam ramai je bunyinya ;p) fly balik meninggalkan aku. Hehe. Flight diorang lewat petang jadi sempat la pusing bandar KB kejap. Malam tu aku teringin pulak makan tom yam. Jadi balik dari airport tu ajak husband singgah makan tomyam tapi tak jadi sebab mak ngah sudi masak tomyam untuk aku ;) Yippie! Hihi.
Aku da tak ingat berapa hari dok rumah ma. Yang aku ingat, sebelum balik kitorang singgah kat Cameron Highland :) yang bestnya kebetulan papa pulak ada mesyuarat di IPD sana dan papa bawak sekali mama, anie, irfan ngan adik :) Seronook... ;)
2 comments:
best wei bace... mcm sambungan novel...hehe
haha.. sajo2.. takut lupe tuo esok2.. ;)
Post a Comment