Tapi hari ni aku kena buat semua. Pagi-pagi lagi aku da mandikan Ean. Kalut jugak. Biasanya kalau aku mandikan Ean mak da siap-siapkan baju yang Ean nak pakai. Nak setengan jam jugak la masa aku ambik dari memandikan sampai Ean lengkap berpakaian. Lepas tu, rutin biasa Ean.. lepas mandi nak susu. Jadi aku susukan lah. Setakat ni Ean masih menyusu badan sepenuhnya :) Harap-harap boleh sampai 2 tahun ;)
Lepas Ean tidur kejap, aku kemas rumah lebih kurang, masukkan kain dalam mesin basuh.. lepas tu rasa macam 'tak selesa' jadi aku pun mulakan sesi pam mengepam. Hihihi. Elok je selesai, baru nak gi mandi Ean bangun pulak. Sudahnya, pukul 10.30 baru aku dapat mandi.
Ean nangis lagi. Aku susukan lagi. Tapi Ean tak nak tidur. Aku letak je Ean atas katil sebab dapur tak kemas lagi. Pinggan tak cuci lagi. Aku jenguk sekali sekala. Nasib baik Ean good boy.. main sorang-sorang lepas tu aku jenguk kali ketiga Ean da tidur. Fuh! Lega.
Tugas terakhir aku sempat buat sebelum Ean terjaga ialah jemur kain. Elok je aku siap jemur kain Ean da merengak-rengek. Aku susukan lagi. Masa ni husband da balik. Aiseh, tak masak lagi. Nasib husband faham dan mengofferkan diri untuk memasak lepas balik dari sembahyang Jumaat jadi dapatlah aku membelog kejap sementara Ean tidur ;)
Terima kasih sayang :)
2 comments:
ean is such a good boy,,, boleh tertidur sendiri tu dh cukup bagus jane... nnt in future pun me nk train die jadi independent sket kan (konon lah now) hehe so senang kite nk handle keje2 lain..
aww... sweetie, this feels different.. but a nice one, cant believe kite dh boleh start ckp pasal baby :) hehe
and thumbs up to dearest daddy sebab understanding kt ibu n ean kan?
xoxo
hopefully ean keeps on being a good boy sbb lately da pandai cerewt2 ;p
i'm sure we'll talk more about this once your lil one arrive ;)
an yes.. he is so helpful with the chores :D yippiee..
Post a Comment