Wednesday, December 15, 2010

Lagu Mengimbau Kenangan

Assalamualaikum..
Greetings..

Tengok tajuk dah boleh agak isi blog. Tipikal sungguh. Ahh.. tak kisah la kan...

Nak tanya soalan. Korang ada tak lagu yang - kalau korang dengar teringat zaman darjah 1 ke, sekolah menengah ke, zaman bercinta ke dan yang sewaktu dengannya. Ada tak? Aku agak mesti lah ada kan.

Aku pun ada jugak. Teheeeee ;D

Contohnya la. Lagu Micheal Learns To Rock yang tajuknya 25 Minutes. Kalau dengar lagu ni mesti teringat zaman sekolah rendah. Ala.. tapi masa tu mana ada boyfriend-boyfriend. Videoklip pun masa tu aku rasa aku tak advance lagi, jadi aku tak pernah tengok. Dari kecil aku suka lagu berdasarkan lirik. Ceeewah.. Baru darjah 6 tuu.. Jadi aku selalu la jugak buat videoklip untuk lagu ini dalam hati.. Hahaha..

Masa form 1 aku dengar lagu Mariah Carey yang Always Be My Baby. banyak jugak la lagu Mariah carey yang aku minat sebab aku memang suka suara dia ni.

Lepas tu lagu yang agak lekat ialah lagu yang agak popular masa zaman aku Tingkatan 2. Aku bukanlah minat sangat lagu ni, in fact aku macam menyampah dengar. Hahaha. Tapi oleh kerana asyik lagu ni je yang keluar di radio, jadi melekat juga la lagu ni dalam benakku. Lagu itu ialah lagu duet Safura dengan satu kumpulan.. aku tak ingat sangat tajuknya tapi kalau tak salah Rinduku Semakin Kuat. Kalau dengar lagu ni mesti tepuk dahi. -_-

Naik Form 3 ada dua lagu yang aku suka dengar. Lagu Arrowsmith I Dont' Wanna Miss A Thing dengan lagu soundtrack Zorro yang aku rasa tajuknya ialah I want To Spend My Lifetime Loving You nyanyian Tina Arena. Tahun ni macam banyak juga lagu. Lagu soundtrack Titanic pun macam terngiang-ngiang tapi tak sekuat dua lagu tadi.

Masuk form 4 dan form 5 macam aku dah tak ingat sangat dah.. Ke aku dah jadi anti-sosial tak dengar lagu? Hahaha.

Tapi masa matrik tetiba tukar mode jadi rocker. Sangat suka la lagu Kejoraku Bersatu oleh Search dengan satu lagu Inggeris yang aku dah terlupa tajuknya. Huhu.

Kalau terdengar balik lagu-lagu lama ni mesti teringat tahun tu. The good old days :) :)

Banyak lagi lagu sebenarnya tapi buat masa ni, lagu-lagu ni yang teringat. Takkan korang tak ada lagu spesel kutt... ;) *kenyit mata dan angkat kening sebelah*

4 comments:

JMR said...

lagu kami juara, nan terbilang!!!!

cerpelai said...

Aik? 'Menjadi Jane' pulak dah? Translation sungguh.. Hehe..

Lagu Safura dengan Ringgo Arrow je yang gua tau.. Dulu masa sekolah rendah, lagu Alleycats dengan Herman Tino memang top..

~Ibu Anggun~ said...

@J.M.R
Uih.. Nasib baik lagu tu xkuar kat hot fm. Kalau x.. Trauma aku. Hahaha.

P/s: dahla duet berjemaah.. Pitch tinggi pulak tu. Huh.

~Ibu Anggun~ said...

En C: Rasany yg tu la kot.. Kalau alleycat tu memang evergreen lah. Herman tino tu xsilap yang trend letak kain pelekat or selendang kt bahu, kan. Hehe.