Alhamdulillah.. Sepanjang kehamilan langsung tiada masalah.
Cuma rasa letih memang ketara. Deria yang paling sensitif ialah deria bau. Tak
tahan bau sabun basuh jenama D**a. Minyak wangi Mr Sailor pun tak boleh. Minyak
wangi sendiri (hadiah perkahwinan) pun
tak boleh.Boleh bawak muntah oo >_<
Kesimpulannya,
tiadalah diriku dilingkari bau wangian sepanjang kehamilan. Huhuhu.
Mengidam?
Kebetulan musim buah-buahan. Dan paling feveret of course la
RAMBUTAN. Hahaha. Percaya atau tidak.. Aku habiskan 2 kilo rambutan sekali
duduk sahaja. Bukan sekali buat perangai lahap rambutan. Lagi dan lagi dan lagi
dan lagi. Sampaikan nampak rambutan macam budak kecil nampak mainan.
Lagi satu yang rasa naaaaaak sangat makan ialah buah NENAS.
Yess. You heard me right. NENAS. Pada hari yang panas dan lemah kerana merindui
buah nenas.. balik dari sekolah Nampak buah nenas masak ranum atas meja T_T
Inilah dugaan. Rupa-rupanya ada kawan kepada ayah bagi buah nenas tu. Of all
days and fruits… Why? Oh Why? Hahahaha. Aku anggap ini adalah petunjuk. Cewah.
Jadi aku mula-mula cubit sikit je nenas tu. Konon asalkan tak kempunan. Mak
aihhhh.. MANISNYA! Tak boleh jadi ni.. maka aku pun makan la sepotong dua.
Tawakkal.. Nasib baik tiada apa-apa. Lega..
Satu lagi benda yang mengidam.. Bahulu Makcik Jusco Taman U.
Masa belajar dulu selalu dengan Ninie atau Wani ke Jusco dan biasanya beli
bahulu sedap makcik tu. Jauhnya….. Dipendekkan cerita, Ninie bertunang dan dia
ada buat tempahan dengan makcik tu. Maksudnya ada contact la. Yahuuuu. Dengan
murah hati Nine belanje Bahulu tu dan kakak die tolong poskan. Alhamdulillah..
murah rezeki :)
Ada sorang lagi yang ‘mengidam’. Ntah ya ka tidak. Hahaha.
Mr Sailor tak boleh tengok ketam. Kalau balik mesti beria cari ketam. Tapi nak
kata tempias tak juga sebab sampai sekarang pun masih lagi Cuma ada kurang
sikit.
Pemohonan pindah yang aku isi bulan 9 Alhamdulillah Berjaya.
Macam tu saja. Tiada naik turun pejabat. Rezeki lagi. Maka bulan Dis 2009,
balik dari Kelantan bercuti kami da masuk rumah sewa di Labuan. Juga amat murah
rezeki kerana disebalik rungutan ramai perantau mencari rumah yang berkedudukan
strategik secara lokasi dan kewangan, kami dapat kedua-dua itu. Untuk makluman,
memang agak susah cari rumah teres sewa bawah 1k di Labuan. Rezeki punya pasal,
Manager syarikat yang urus rumah sewa tu yang telefon kami. Alhamdulillah
sangat.
Lapor tugas di sekolah baru dalam keadaan perut yang sudah
meningkat naik dengan pesatnya. Mengah jugak la mula-mula dengan cuaca Labuan
yang panas T_T
Masuk minggu terakhir penantian, makin berdebar. Semakin tak sabar. Mak sudah awal-awal dating
untuk temankan. Disebalik cerita-cerita buruk berkaitan reputasi hospital dan
staf yang aku dengar, aku yakinkan diri dengan konsep REZEKI ALLAH. Semoga
dipermudahkan EDD yang doktor bagi 27 Februari. Masuk tarikh tu.. tiada apa
berlaku.. 28 Feb, masih tiada
tanda-tanda. Aku pun sudah mula gelisah dan perasaan sedikit tertekan. 1 Mac,
aku dah pasrah. Mungkin aku terlupa semua dengan izinNya. Dengan keyakinan yang
semua ada hikmahnya, aku lalui hari-hari penantian dengan ceria. Ceeewaaah.
Hahahaha.
14 Mac, 3pagi. Aku rasa macam ada discaj. Panik la jugak
kejap. Tapi tiada rasa sakit dan sebagainya. Dalam keadaan blur aku periksa
barang yang dah memang stand by dan bersiap. Da siap baru aku kejutkan Mr
Sailor. Dah nak gerak ke hospital baru aku kejutkan mak bagitau kami nak ke
hospital. Mak pula panic. Huhu.
Sampai hospital, lengang. Macam aku seorang saja ‘pelanggan’
(tak mau gunakan istilah pesakit sebab aku bukan sakit..Huhuhu). Aku ingat
datang tu plepas periksa boleh pulang dulu. Rupanya misi terus tahan. Sepanjang
pemeriksaan dengan misi atau doctor, semuanya berjalan lancar. Momokan misi
garang, kurang ajar, doktor tak mesra, kasar dan sebagainya langsung tiada
tanda-tanda. Alhamdulillah sekali lagi. Doktor siap puji lagi bagus. Hahahaha.
Macam bdak-budak pula.
Keesokan harinya, genap 24jam daripada masa yang aku
laporkan (macam berita pula) ada discaj (suspect ketuban; walhal aku betul-betul
masa tu tak tahu pun ketuban tu macammana. Pandai-pandai aku ja). Pagi tu
doktor kata since ketuban dah pecah, jadi kena induce sebab takut nanti
jangkitan pada baby. Aku setujukan saja. 9pagi 15 Mac dos pertama aku terima.
Orang cakap sakit. Bagi aku tak sakit pun Cuma nglilu sikit. Almaklum, definisi
sakit bagi setiap orang ni berbeza secara relatif. Kalau yang super gaban, kena
cubit tu macam angina sapa sahaja. Kalau yang jenis tak tahan sakit,mau
meraun-raung kena cubit. Haaa.. faham tak? Jadi mungkin aku kategori yang agak
tahan sakit tapi belum jadi super gaban.
Part yang tak best di hospital ni satu ja. Tiada TV.. Even
di ruang menunggu pun tiada. SUUUPEEERRR boring. Kesian mak,adik dan Mr Sailor
yang jadi penunggu setia di ruang menunggu tu. Apatah lagi yang menunggu detik.
Langsung tiada bahan untuk distract perhatian. Kalau tak silap, adik aku
akhirnya bawak laptop tengok Family Outing kalau tak silap. Hahaha.
Pukul 2 petang, aku rasa sakit kejang. Tapi tu baru intro..
masih boleh gelak-gelak. Konon nak jadi momy kuat.. cewaaahh.. Masa ni lepas waktu melawat, jadi aku lepak di
ruang menunggu dengan peminat setia yang menunggu. Pukul 4.00 petang aku sudah
mula rasa tak selesa. Aku pun masuk wad konon nak tidur. Masa tu dah
mengeliat-mengeliat tapi masih maintain waras. Huhuhu. Pukul 5 petang masa
melawat dan masa makan malam. Oleh sebab semua kawan-kawan pesan mesti makan
sikit untuk tenaga masa nak push nanti, aku pun makan. Siap selera lagi makan
lauk daging kicap. Huhuhu.
5.30 lepas makan rasa dah tak boleh hipokrit tahan duduk
lama-lama dah. Hahahahaha. Aku baring dan Mr Sailor urut-urut. Sakit tu datang
dalam 10 minit sekali. Lepas tu, oleh kerana bilik bersalin tu macam tiada
orang, misi yang datang cek tu suruh ja masuk dulu. Masan i da pukul 5.45
petang.
Dalam bilik bersalin tu laaagi stress. Menyesal pulak masuk
awal. Aku ingat pesan kawan-kawan, jangan nangis menjerit-jerit macam NNyonya
Mansor dalam Ibu Mertuaku (ok.. ini aku reka). Nanti misi menyampah. Hahaha.
Jadi aku pun diam-diam je. Kalau sakit aku pusing-pusing cari kedudukan yang
menyelesakan. Hehehe. Sampai satu tahap staff nurse yang duty masa tu asyik
tanya “Puan. Puan ok ke? Kenapa tak bersuara?” Eh.. misi ni. Kang aku nangis
kuat-kuat kena marah pula. Huhuhu. “Saya
ok” Sambil cuba paksa senyum.
Kali kedua lepas lama aku senyap dia tanya lagi “Puam ok?
Puan baru masuk Islam ke(mungkin sebab nama aku). Puan tau mengucap? Puan
mengucap banyak-banyak. Puan baca la apa-apa yang puan tau ya”
Nak tergelak pun ada. Kalau ikut kelaziman, dengan ramah aku
jelaskan yang aku nib la blab la.. Nama tub la blab la. Tapi dalam menahan
sakit tu, aku senyumkan dan iyakan aja.. Hehehe. Mengiburkan juga staff nurse
ni.
Owh. Perasan tak aku tiada sebut pasal ‘pelanggan’ lain? Itu
sebab dalam bilik bedah tu aku seorang sahaja bersama 2 orang nurse yang
bertugas tu. Rezeki la kiranya sebab JIKA semua berjalan dengan baik, Mr Sailor
boleh bersama-sama aku semasa proses kelahiran. Dia di luar pun diberikan
penerangan ringkas dan sign paper untuk masuk ke bilik bersalin bila masa sudah
sampai. Aku sempat dengar azan Isyak sebelum misi datang tengok carta CTG yang
dilekatkan pada perut aku. Muka misi tu macam wajah tenang yang menyenbunyikan
kegusaran. Cewahh. Hahahaha.
Aku suspect ada sesuatu yang tak kena bila dia panggil nurse
yang seorang lagi tu. Aku tanya juga kalau ada apa-apa yang tak kena. Nurse tu
hanya jawab tiada apa-apa dan suruh tenang sahaja. Bila diorang da mula kalut
telefon doktor yang ON CALL, aku tau ada yang tak kena, Tapi aku pun tenang ja
sebab aku pun tak tau apa yang tak kena.
Bila doktor sampai, dia jelaskan yang jantung baby mulai
lemah. Atau istilahnya fetal distress. Doktor yang bertugas tu Dr Fikriayah.
Dia jelaskan yang kena lakukan pembedahan. Sedikit pun aku tak sedia dengan
kebarangkalian untuk pembedahan. Ada juga terlintas untuk menolak tetapi reflex
angguk aku lagi cepat. Dan syukur aku angguk masa tu. Lepas Mr Sailor yang da
stand by tunggu kena panggil dimaklumkan dan sign segala papers, aku pun
disediakan untuk prosedur caesarean.
Bila aku disorong keluar dari bilik bersalin untuk ke bilik
bedah, aku tengok mak aku nangis air mata berjurai-jurai. Aku pula jadi
confuse. Teruk ke keadaan aku? Hehehe. Biasalah, hati seorang emak. Sampai kita
dah nak jadi mak pun dia tetap anggap kita anak kecil J
Masuk dalam bilik bedah tu pasukan yang nak jalankan
pembedahan sudah ready. Aku Cuma ingat Dr Wahida sebagai anaesthetic masa tu
sebab dia comel. Hehehe. Yang lain semua da pakai topeng dan scrub bagai jadi
tak boleh nak tau comel ke tak. Hehehehe.
Masa Dr Wahida tu terangkan, dia jelaskan yang akan bius
separuh saja. Aku punya panic masa tu siap cakap “Dr, tak boleh bius tidur?
Saya takut saya panic nanti kalau tertengok darah.” Ok. Rasa tak cerdik pulak cakap sebab macam
tu.
“Tak, nanti kita tutup. Puan tak akan nampak. Bius separuh
badan lebih baik blab la bla” Aku da tak ingat apa dia cakap sebab aku da tak
focus. Huhuhu. Kesimpulannya, bius separuh.
Panik hokey even lepas kena cucuk jarum di tulang belakang.
Aku serius tak bergerak masa doktor tu suntik sebab aku imagine kalau aku gerak
nanti tulang belakang aku himpit jarum dan kjarum patah dan jarum yang patah
akan masuk salur darah dan ke otak -_________- exaggerate gila kan? Hahahahaha.
*boleh gelak guling guling*
Rasanya pembedahan tu tak lama. Sepanjang pembedahan yang
aku ingat aku kesejukan sampaikan menggigil la jugak. Doktor letak blower bagi
angin panas pun aku masih rsa sejuk. Mungkin sebab darah hilang dari badan.
Oh ya. Satu lagi. Oleh sebab ini kes Emergency LSCS
(cewahh.. saja nak nunjuk cakap term doktor-doktor guna.. Hahaha), maka aku tak
bersedia dalam aspek pemakaian barang kemas. Manalah aku nak tau kan. Aku tak
terfikir pun nak tanggal cincin, gelang dsb (dsb konon.. padahal memang pakai 2
ketul tu ja pun.. hehe). Gelang tiada masalah. Tapi cincin tu…. Dah letih staff
nurse dan doktor gilir-gilir cuba buka tapi degil. Almaklum time tu tangan dah
makin gubussss. Akhirnya diorang salut cincin pakai tisu dan selotape. Menyesal
tak ambil gambar masa tu. Hehehe.
Ok. Balik cerita tadi. Doktor Wahida sentiasa nak pastikan
aku sedar. Jadi dia lebih kurang laporkan apa yang doktot-doktor lain buat. Sampailah
bahagian “Ok.. Kejap lagi baby keluar…. Ok.. baby da keluar. Kejap ya..”
Selang beberapa saat aku dapat dengar tangisan seorang baby.
Alhamdulillah. Lega. Perasaan? Maafkan aku sebab aku rasa gembira biasa-biasa
sahaja. Tiada adegan bercucuran air mata. Aku cuba juga cari perasaan itu tapi
tiada.. Sedihkan… :(
Bila doktor angkat baby bagi aku tengok.. Perkara pertama
yang terlintas ialah “Oh. Ni j aka baby yang dalam perut” T__T
Nampak tak betapa 9 bulan belum cukup menyuburkan sifat
keibuan dalam diri aku. Sebab itu dalam Part I aku cerita bagaimana aku tak
suka sangat budak kecil. Sebab aku nak kaitkan dengan situasi aku masa
mula-mula bersalin anak sulung aku sendiri. Alhamdulillah sekarang aku rasa
akulah manusia paling penyayang kanak-kanak kot. Hehehe. Perancangan Allah
jugalah yang terhebat :)
Selepas baby dikeluarkan, nurse mandikan baby dan tolak baby
ke mana aku pun tak tau sementara doktor selesaikan jahit atau gam bukaan
pembedahan tu. Rupa-rupanya di luar dewan pembedahan pun ada juga peristiwa
lucu.
Mr Sailor cerita masa diorang tunggu di luar tu, ada nurse
tolak katil baby keluar dari bilik pembedahan. Mr sailor tengok baby yang dalam
baby cot tu mata terbukak luas seolah-olah melihat. Dalam hati Mr Sailor “Ish,
anak siapa ni baru lahir da buka mata”. Lepas seketika baru dia sedar… mana ada
orang lain dalam dewan pembedahan tu ecuali aku! Hahaha. Barulah dia
terkocoh-kocoh panggil balik nurse yang semakin menjauh dan tanya “Anak saya
ka?” Hahaha. Begitulah lebih kurang. Hehe.
Muhammad Ryyan lahir dengan sempurna sifat. Pada permulaan
memang aku rasa kekok dan janggal. Pernah sekali dua tiga kali tersasul panggil
adik. Hehehe. Sepanjang berpantang mak yang jaga aku. Kasihan juga dengan mak
yang da penat jaga dari kecil, bila da ada anak ni kena jaga lagi. Sungguhlah
syurga di telapak kaki ibu :’(
Banyaknya yang telah berlaku. Lama sudah rupanya jejak-jejak
itu ditingglkan :)
2 comments:
jen,
yg part nanas tu memang sama! masa pregnant memang terliur betul nak makan nanas. nampak sedap sungguh! time tak pregnant tak ingin pun, entah la nape...
Betul.. betul.. bukan minat neneas pun. Huhu. Ni la namanya bawaan budak kan.. ;)
Post a Comment