Sunday, November 07, 2010

Ryyan 8 months!

    Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar Ryyan da 8 bulan! Alhamdulillah, setakat ini Ryyan sihat-sihat je. Gigi dah ade 2 batang. Aktifnya bukan main lagi... Solid food memang dah bagi masa umur 5bulan 3 minggu. Ryyan masih lagi breastfeed. Masih ada rezeki anak ibu ni :) Mujurlah walaupun dah ada gigi, tapi SETAKAT INI Ryyan tak gigit ibu dia. Pandai anak ibu ni ;)

  Ryyan baby yang sangat-sangat suka mandi. Seingat aku Ryyan hanya nangis 2 kali ketika dimandikan. Itu pun sebab lapar. Hehe. Kaki Ryyan memang kuat menendang-nendang. Sebulan lebih kaki dah pandai tendang-tendang air masa mandi. Makin besar ni makin kuat pulak tendangannya. Ryyan akan ketawa-ketawa bila dia dapat buat splash air yang besar. Mungkin juga bonus jika dapat buat ibu atau babysitter basah kuyup. Hehe. Tak apa lah. Itu tandanya Ryyan baby yang gembira :)

   Tapi umur 8 bulan ni Ryyan masih belum dapat merangkak sepenuhnya. Hanya boleh angkat punggung ala menonggeng gitu je. Tapi sekarang dia sedang dalam proses berlatih nak merangkak. Lepas ni lagi cepat la pergerakan dia. Huhu. Ok. Meh layan gambar :)

Tak letak caption sebab malas tahap gaban pencen. hehehe.

Daaa...

Saturday, November 06, 2010

"nanti k0 ajar aq gna mesin r"

Salam..

Itu adalah ayat terakhir seorang hamba Allah yang membuatkan aku ter'erk'.

Hamba Allah ni telah menggunakan khidmat kewanganku. nak di jadikan cerita, dia nak bayar balik nilai tersebut. Maka kami pun berkomunikasi menerusi SMS.

F : Jini, maw byr mcmana ya?
Aku : Bankin la. Ada mebeng2u?
F : Ndakda. kalu bsn nda b0le ka?
Aku : Aku xda bsn. Bsn ada online ka? Kalau ada bole la tu interbank giro transfer. Trnsfr pg mebengku.
F : o9?almk. aq mana pndai. kalaw aq kirim cash b0le?
Aku : Chait. Kunony ko ni. Wiken ni ko kuar ka? Pg bnkin lanpki mesin deposit?
F : Ok. e2 lagi snang. nanti k0 ajar aq guna mesin r
Aku : -_-! ok

Perbualan ini menyedarkan aku ada lagi manusia yang masih bergantung kepada cara lama. Kirim cash? Dah hampir 10 tahun aku ak berkirim cash!

Alaaaaahaaai adikku.... Tahun depan da nak pergi UK. Boleh ke ni? Hahahaha..

Friday, November 05, 2010

Happy Diwali

Hari Deepavali (Hindi: दिपावली, Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Hari ni satu Malaysia bercuti menyambut Hari Deepavali. Rakan beragama Hindu merayakan perayaan dengan saudara mara dan keluarga. Rakan-rakan lain pula ada yang ambil kesempatan balik ke kampung atau berkunjung ke rumah-rumah terbuka deepavali ni.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Kenapalah WP Labuan tak cuti sempena Deepavali...?

Thursday, November 04, 2010

~ a new beginning iii ~

....
Muhammad Ryyan sekarang semakin aktif. Dah pandai merayap ala combat dan sedang dalam usaha untuk merangkak. Masa tidur pun dah kurang sebab asyik fikir nak main je kut. Biasanya tengah malam si kecik ni bangun dan merayap sorang-sorang. hampir berjaya bertepuk tangan walaupun kadang-kadang terkeliru dengan genggam gamit. Lagi tak tahan.. dah pandai ajuk orang tidur berdengkur T_T. Haaai.. Ryyan :)
...
Aci tak nak sambung entri yang dah pending berbulan-bulan? Kira aci la yaa.. ;)
Kalau rasa- rasa macam lost in space boleh la ulangkaji di sini untuk entri 1 dan di sini untuk entri 2.
Perjalanan keesokan harinya kami teruskan seawal pagi lagi. Rancangannya kami nak singgah kat spot makan yang menarik. Memang takde lain la.. makanan je yang dicari. Hohoh. Kami ikut jalan lalu Terengganu sebab nak bawak mak dengan bapak tengok-tengok tempat :) Sudahnya kami singgah di dua tempat. Yang pertama singgah beli dan makan keropok lekor kat... aku sudah tak ingat. Yang kedua singgah di Penarik.. makan seafood. Tepatnya lagi makan sotong, udang dan ikan yang semuanya celup tepung. Hohoho.. Tapi yang bestnya tempat tu tepi pantai, jadi beleh la rehat-rehat sambil dihembus angin pantai.. ceewah.. Hahahah.
Sampai je di Kelantan tengah hari tu kami terus ke Machang, rumah mama dan papa Anie. Mereka ni lah keluarga aku sepanjang aku di Kelantan dulu. Husband terus balik ke Ayer Lanas untuk persiapan majlis esok. Kami berehat-rehat di rumah je. Malamnya kami menziarahi Wakaf Che Yeh yang memang terkenal sebagai shopping spot di Kota Bharu terutamanya untuk shopping TUDUNG. Fuh.... memang banyak gila pilihan sampai rambang mata. Aku pun tak ingat aku ada beli ke tak sebab dah rambang mata sanagat bercmapur letih. Heheh.
Esoknya kami bertolak ke rumah Ayer Lanas. Ma dah booking satu homestay untuk kami. Jadi kami bersiap-siap di situ untuk majlis petang tu. Jurumekapnya atau Pak Andamnya ialah Abe Mat. Sebenarnya ada juga isterinya tapi Abe Mat ni juga yang mekapkan aku. Hasilnya... Hohoho... Speechless.. Abaikan.
Majlis selesai petang tu. Kelaurga aku balik ke homestay tu dan aku tinggal di situ melayan-layan tetamu sambil berkenal-kenalan. Esoknya aku dan husband hantar rombongan keluarga aku ke airport untuk penerbangan mereka balik ke KK.

Wednesday, November 03, 2010

Template baru laaaagii...

Assalamualaikum.. :)
Balik-balik template baru. Tukar template lebih kerap daripada update blog. Sebenarnya mood nak update tu kurang memandangkan template macam tak besh. Bila jumpa yang best, ada pulak benda yang kita nak tak ada dalam template tu.
Contohnya template ni. Suka design yang simple tapi kenapa tak ada navigation bar?
Lepas tu macam mana nak edit posted entry yang separuh kepada full view? Tak nak la ada 'read more'.. macam laa panjang sangat entri tuh. Hoho.
Nak edit sendiri tapi buta IT. Ada sesiapa yang bijak bestari boleh tolong ;)

Tuesday, September 07, 2010

serunding udang di kala hujan renyai-renyai..

Assalamualaikum..
Huhu.. Tajuk entri bukan main lagi. Hari ni aku bertekad jugak nak post satu entri sebelum Hari Raya Aidilfitri. Takkan nak tunggu aidiladha.. Lambat sangat la pulak. Hohoh.
Kemarin (ke minggu lepas.. tak ingat) husband request serunding udang macam yang mak pernah buat. Kiranya husband aku ni dengan serunding udang ni macam love at the first sight la. First dia merasa serunding udang mak aku masa aku konvo DPLI di UTM. Sejak hari tu kalau hari raya je asik request serunding udang. Tapi tak ape la.. sebab aku pun suka makan jugak cumanya sekarang ni je sejak allergik aku melanda balik.
Dijadikan cerita, setelah berding dong segala bahan, lepas buka puasa di Deep Sea tadi kami pun memulakan operasi. Sebenarnya tak lah mula betul-betul pun sebab kelapa tak siap parut lagi. Husband insist nak guna kelapa dari pokok kelapa depan rumah tu. Sudahnya dari pukul 4 petang tadi sambung bulul 9.30 tadi.. pukul 11 baru lah siap kelapa parutnya. jadinya masak-memasak serunding tu bermulalah pukul 11.45 dengan diiringi hujan renya-renyai. Huhu.
Nasib baik la aku ni jenis yang susah nak tidur kalau esoknya nak travel jauh. Huhu. Pukul 145 tadi akhirnya siap jugak la serunding yang tak seberapa pun... tapi.. boleh laaaa... bulih la kampung kaaaaampung... (ni tag line orang belah sini. huhu)
So, esok flight pukul 5.20 petang. Memang la sangat-sangat berdebar nak menempuhi hari esok. Ceewaah. Bukan apa.. Ryyan sekarang makin menjadi-jadi onarnya. Huhu. Genap 5 bulan dah nampak cerewetnya. Genap 6 bulan semalam laaaagi la. tak pernah-pernah die buat perangai meraung menagis malam-malam tetibe semalam menangis bagai nak rak. Aku dah cuak. Sudahnya pukul 2 baru la dia tidur. Tu pun sebab dah letih nangis kot dan dia tidur dalam dakapan ibu yang dah duduk tersandar kat katil sebab mengantuk. Aduii.. pening ibu, ryyan.
Alamak. Ryyan dah merengek-rengek. Ish.. macam tau je ryyan ni aku mengumpat die. Bangun nak nenen la tu.
Daaaa...