Friday, May 20, 2011

Adil yang bukan KeAdilan

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Suspen tak tajuk.. Huhu. Kalau cari entri politik mintak mahap yee... ini bukan entri politik. Saja buat tajuk ala-ala gempak. Weeee~~~~

Ni cerita kelas kemarin/semalam. Karang cakap kemarin je ada yang faham hal 2 hari lepas. Kalau tulis semalam  je ada yang ingat malam tadik. Hal kecil. Lain tempat lain la istilah, kan? Weeee.~~~ lagi...... heheh

Al-kisahnya kemarin/semalam aku masuk kelas 'hero sekolah'. Biasalah kelas hero.... Exam pun buat macam tak exam. Dalam kelas tu ada 27 orang pelajar mengikut daftar tapi 20 orang sahaja yang hadir untuk peperiksaan kertas Sains semalam. Selebihnya? Haa lu pikir la sendiri......

Aku sudah biasa berhadapan dengan  pelajar macam ni. Sejak aku posting aku asyik dapat kelas yang paling hero. Alhamdulillah setakat ini aku masih 'yang mengawal'. Tapi ada ketikanya aku malas nak layan... Hehehe... Dijadikan cerita ada 4 makhluk ni sejak aku masuk tu dok pot pet pot pet ntah apa yang di bisik-bisik. Kalau aku tengok dengan pandangan redup senyap lah sekejap. Aku kelip mata kejap diorang mula balik.

Ya. Sebelum ada suara prejudis bergema dalam hati (al-maklum, kalau cikgu mengisahkan rutin begini mesti ada suara prejudis... huhuhu) aku nak ishtyhar awal awal yang aku faham dan mengakui memang pelajar terdiri daripada pelbagai, bermacam-macam, berjenis-jenis latar belakang. Pelajar yang aku sedang hadapi ketika itu adalah memang sekelompok pelajar yang tak boleh duduk diam. Dalam keadaan biasa, maksudnya waktu P&P, aku mungkin boleh menerima perlakuan itu dalam tahap yang paling minimum asalkan proses pengajaran aku  dan pembelajaran tidak terganggu. Walaupun itu kelas hero, ada juga pelajar yang masih mahu diajar oleh guru.

Makin lama pot petnya makin bergema. Mungkin sebab aku tidak menegur secara lisan apatah lagi perbuatan. Ye la.... kang tetiba aku cuit.. time tu jugak malaikat maut cabut nyawa... karang habis semua keburukan aku dicanang.. walhal sekelumit dendam pun aku tak pernah simpan kepada pelajarku walaupun kelas yang paling hero ini. Tu la masyarakat..... *sigh*

Aku pun dengan kesabaran dan ketenangan yang bersisa meminta seorang pelajar yang sedang khusyuk menjawab untuk mengeluarkan sebuah meja di luar pintu kelas. Melihat tindakanku, 4 makhluk (belum dikenalpasti spesis) terus terdiam dan berpura-pura menjawab soalan. Faham la tu... Dan aku rasa inilah masanya aku perlukan sedikit penegasan vokal.

"Yang kamu berempat temberang sanagat ndak mau jawab exam ni kenapa? Sudah pandai sangat? Apa yang kamu telampau temberangkan tu? Cuba tunjuk slip PMR kamu dengan saya."

Lebih kurang begitu ayatku. Tapi tentulah penyampaian dengan vokal yang mantap dan intonasi serta persembahan yang berkesan.

Bagi aku tak mengapa pelajar tak pandai... Seriusss dong nggak apa.... memang itu sebab mereka ke sekolah.. mereka belum pandai dan ingin diajar.

Tapi pelajar sekarang lain. Ibu bapa juga lain. Pelajar ke sekolah atau ibu bapa menghantar anak ke sekolah bukan untuk diajar atau dididik.

Yang pelajar datang ke sekolah untuk belajar. Cuba tanya mana-mana pelajar. Kenapa kamu datang ke sekolah? Pasti jawapannya, "mau belajar, cikgu". MasyaAllah.... patutlah mereka sudah terputus ikatan dengan guru. Tanpa guru pun masih boleh belajar baa. Tapi berbeza dengan belajar, diajar itu memerlukan pihak lain membimbing untuk mendapatkan sesuatu input. sebab itu lah sekarang ramai pelajar BODOH SOMBONG!!

Yang ibu bapa pula mengganggap sekolah baby sitter. Bila mereka menghantar anak ke sekolah mereka berlepas tangan dan menganggap apa yang berlaku di sekolah semua salah guru tanpa menyelidik terlebih dahulu. Bila anak bergaduh di sekolah, ibu bapa dengan bangga dang angkuhnya menuding jari ke muka cikgu. Bercakap memandang  ke langit seolah guru itu tiada nilainya. Menuduh guru tidak masuk kelas sehingga anaknya boleh dipukul pelajar lain. Dia tidak tahu yang anaknya memang samseng ropol-ropol sekolah dan anaknya yang ponteng kelas dan merayau mencari pasal. Ikut logik laa weeiiii.. Sesebuah sekolah ada beribu pelajar.. Kenapa anak ko je yang bergaduh.. Lu pikir la sendiri! Ni contoh je..... Ekeke..

Ada jugak hal.... Guru biasiswa BKP, Baitulmal yang diserang ibu bapa yang rakus ingin menggunakan duit biasiswa anak-anak untuk memenuhi kehendak mereka dan untuk kegunaan peribadi mereka. Walhal duit itu adalah ihsan pihak tertentu untuk kegunaan pendidikan anak-anak sepanjang tahun seperti membayar bayaran khas atau pembelian buku atau perkakasan berkaitan sekolah. Jangan tak tau.. Ada ibu bapa bahalul macam ni.. Cuma guru ni macam BAWANG PUTIH... kena tuding.. kena tuduh.. kena maki.. masih senyum... Tapi cuba pelajar kena rotan sikit... Masa tu lah cikgu ni semua macam Firaun di labelkan.. Cikgu ni tak berkualiti.. Bla bla bla.. Padahal guru ini lah yang sanggup dilabel, dituding jari, diherdik, demi menjaga amanah dan mempertahankan hak anak ibu bapa bahalul tadi.

Aku tidak la kata semua guru baik. Ada jugak kes guru tak baik. Tapi tu lah dia... Bila yang baik buat-buat tak nampak.. yang jahat dicanang-canang.

Mungkin sebab itu masyarakat sekarang runtuh sebab pelajar semakin biadab dengan ibu bapa dan guru. macam mana hidup nak berkat???

Ok. Jauh aku melalut. Point aku ceritakan tindakan aku terhadap 4 hero tadi adalah untuk membuka mata masyarakat. Kita selalu memandang guru ini jahat sebab tak bersabar dengan pelajar sebegitu. Pelajar begini harus diberi lebih perhatian.. Bla bla bla.. Kau banyak cakap kalau kau bukan cikgu kau datang sini cuba ajar kelas ni seminggu je. Tapi make sure bukan takat masuk kelas pot pet pot pet yang macam ko selalu tuduh guru buat. Ko masuk kelas, pastikan objektif dan hasil pembelajaran tercapai. Selamat berjaya.

Tindakan guru tidak adil tapi siapa yg adil kpd yg mahu belajar? Aku kadang kadang rasa macam hijau muka menahan marah terhadap sekelompok pelajar hero ini tetapi mengenangkan ada lagi 16 pelajar yang ingin belajar, aku telan kemarahan dan kepedihan demi pelajar yang ingin belajar.

Salah siapa pelajar bersikap biadab begini? Senang. Ibu bapa. Ibu bapa tidak menerapkan seawal dar kecil untuk mengormati manusia yang mencurahkan ilmu dengan ikhlas kepada anak mereka walau dengan kos sendiri. Jangan ingat gaji dan elaun cikgu itu banyak. Gaji dan elaun itu lah yang digunakan untuk fotostat bahan yang akhirnya jadi sampah oleh pelajar. Di situlah juga kos marker. Di situlah juga kos hadiah2 kecil ketika guru mengadakan kuiz di kelas.

Aku harap aku bukan guru supaya pembaca yang sudi membaca realiti guru  ini tidak menyalah anggap yang aku ini guru yang suka mengeluh. Kadang-kadang aku harap aku ini menteri supaya aku boleh ubah senario perguruan di Malaysia. Doakan ya. Hehehehe. Tapi memandangkan parti pemerintah sekarang.....Err.. Ndak apa la.. Hahahahahahahahalimah Jongang! I tak rela youuu...

(Tapi di sudut hati masih mau mengubah persepsi dan senario negatif begini)

Guru suka mengeluh? Mungkin sudah sampai masanya masyarakat memahami keluhan guru supaya tiada lagi keluhan kedengaran..

Random : Aku yakin, negara yang maju adalah negara yang mementingkan fungsi institusi keluarga dan masyarakat yang menghormati para pendidik (guru, pensyarah, guru memasak, guru menjahit dsb) dengan mendefinisikan pendidik sebagai sekumpulan manusia yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk digunakan dalam menjalani kehidupan kelak.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di atas peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Daaaa.... Weeeeeeewww~~~~~~

6 comments:

JMR said...

ooo..tu psl aku taknak & tak gheti jadi cikgu..hehehhe

cro~crong said...

wahh,,aku mmg xleh nk handle la,,baran je kang hari2,,hehe,,

caiyok cikgu jane ;D

~Ibu Anggun~ said...

jmr : aku plak taknak n xreti jd engineer.. hehehe..

ninie : ninie, imagine la aku yg baran jugak ni tahan sabar.. naik hijau muke aku tau.. hahahaha..

Christina said...

I dint understood your language
=======
non voice projects

Huda said...

cool lar entry ne Jane

Unknown said...

Kui Kui.. Tq huda ;) Realiti...