Thursday, May 16, 2013

Giving Birth to Ryyan Part II

Alhamdulillah.. Sepanjang kehamilan langsung tiada masalah. Cuma rasa letih memang ketara. Deria yang paling sensitif ialah deria bau. Tak tahan bau sabun basuh jenama D**a. Minyak wangi Mr Sailor pun tak boleh. Minyak wangi sendiri (hadiah perkahwinan)  pun tak boleh.Boleh bawak muntah oo >_<

Kesimpulannya, tiadalah diriku dilingkari bau wangian sepanjang kehamilan. Huhuhu.

Mengidam?
Kebetulan musim buah-buahan. Dan paling feveret of course la RAMBUTAN. Hahaha. Percaya atau tidak.. Aku habiskan 2 kilo rambutan sekali duduk sahaja. Bukan sekali buat perangai lahap rambutan. Lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Sampaikan nampak rambutan macam budak kecil nampak mainan.

Lagi satu yang rasa naaaaaak sangat makan ialah buah NENAS. Yess. You heard me right. NENAS. Pada hari yang panas dan lemah kerana merindui buah nenas.. balik dari sekolah Nampak buah nenas masak ranum atas meja T_T Inilah dugaan. Rupa-rupanya ada kawan kepada ayah bagi buah nenas tu. Of all days and fruits… Why? Oh Why? Hahahaha. Aku anggap ini adalah petunjuk. Cewah. Jadi aku mula-mula cubit sikit je nenas tu. Konon asalkan tak kempunan. Mak aihhhh.. MANISNYA! Tak boleh jadi ni.. maka aku pun makan la sepotong dua. Tawakkal.. Nasib baik tiada apa-apa. Lega..

Satu lagi benda yang mengidam.. Bahulu Makcik Jusco Taman U. Masa belajar dulu selalu dengan Ninie atau Wani ke Jusco dan biasanya beli bahulu sedap makcik tu. Jauhnya….. Dipendekkan cerita, Ninie bertunang dan dia ada buat tempahan dengan makcik tu. Maksudnya ada contact la. Yahuuuu. Dengan murah hati Nine belanje Bahulu tu dan kakak die tolong poskan. Alhamdulillah.. murah rezeki :)

Ada sorang lagi yang ‘mengidam’. Ntah ya ka tidak. Hahaha. Mr Sailor tak boleh tengok ketam. Kalau balik mesti beria cari ketam. Tapi nak kata tempias tak juga sebab sampai sekarang pun masih lagi Cuma ada kurang sikit.

Pemohonan pindah yang aku isi bulan 9 Alhamdulillah Berjaya. Macam tu saja. Tiada naik turun pejabat. Rezeki lagi. Maka bulan Dis 2009, balik dari Kelantan bercuti kami da masuk rumah sewa di Labuan. Juga amat murah rezeki kerana disebalik rungutan ramai perantau mencari rumah yang berkedudukan strategik secara lokasi dan kewangan, kami dapat kedua-dua itu. Untuk makluman, memang agak susah cari rumah teres sewa bawah 1k di Labuan. Rezeki punya pasal, Manager syarikat yang urus rumah sewa tu yang telefon kami. Alhamdulillah sangat.
Lapor tugas di sekolah baru dalam keadaan perut yang sudah meningkat naik dengan pesatnya. Mengah jugak la mula-mula dengan cuaca Labuan yang panas T_T

Masuk minggu terakhir penantian, makin berdebar.  Semakin tak sabar. Mak sudah awal-awal dating untuk temankan. Disebalik cerita-cerita buruk berkaitan reputasi hospital dan staf yang aku dengar, aku yakinkan diri dengan konsep REZEKI ALLAH. Semoga dipermudahkan EDD yang doktor bagi 27 Februari. Masuk tarikh tu.. tiada apa berlaku.. 28  Feb, masih tiada tanda-tanda. Aku pun sudah mula gelisah dan perasaan sedikit tertekan. 1 Mac, aku dah pasrah. Mungkin aku terlupa semua dengan izinNya. Dengan keyakinan yang semua ada hikmahnya, aku lalui hari-hari penantian dengan ceria. Ceeewaaah. Hahahaha.

14 Mac, 3pagi. Aku rasa macam ada discaj. Panik la jugak kejap. Tapi tiada rasa sakit dan sebagainya. Dalam keadaan blur aku periksa barang yang dah memang stand by dan bersiap. Da siap baru aku kejutkan Mr Sailor. Dah nak gerak ke hospital baru aku kejutkan mak bagitau kami nak ke hospital. Mak pula panic. Huhu.

Sampai hospital, lengang. Macam aku seorang saja ‘pelanggan’ (tak mau gunakan istilah pesakit sebab aku bukan sakit..Huhuhu). Aku ingat datang tu plepas periksa boleh pulang dulu. Rupanya misi terus tahan. Sepanjang pemeriksaan dengan misi atau doctor, semuanya berjalan lancar. Momokan misi garang, kurang ajar, doktor tak mesra, kasar dan sebagainya langsung tiada tanda-tanda. Alhamdulillah sekali lagi. Doktor siap puji lagi bagus. Hahahaha. Macam bdak-budak pula.
Keesokan harinya, genap 24jam daripada masa yang aku laporkan (macam berita pula) ada discaj (suspect ketuban; walhal aku betul-betul masa tu tak tahu pun ketuban tu macammana. Pandai-pandai aku ja). Pagi tu doktor kata since ketuban dah pecah, jadi kena induce sebab takut nanti jangkitan pada baby. Aku setujukan saja. 9pagi 15 Mac dos pertama aku terima. Orang cakap sakit. Bagi aku tak sakit pun Cuma nglilu sikit. Almaklum, definisi sakit bagi setiap orang ni berbeza secara relatif. Kalau yang super gaban, kena cubit tu macam angina sapa sahaja. Kalau yang jenis tak tahan sakit,mau meraun-raung kena cubit. Haaa.. faham tak? Jadi mungkin aku kategori yang agak tahan sakit tapi belum jadi super gaban.

Part yang tak best di hospital ni satu ja. Tiada TV.. Even di ruang menunggu pun tiada. SUUUPEEERRR boring. Kesian mak,adik dan Mr Sailor yang jadi penunggu setia di ruang menunggu tu. Apatah lagi yang menunggu detik. Langsung tiada bahan untuk distract perhatian. Kalau tak silap, adik aku akhirnya bawak laptop tengok Family Outing kalau tak silap. Hahaha.
Pukul 2 petang, aku rasa sakit kejang. Tapi tu baru intro.. masih boleh gelak-gelak. Konon nak jadi momy kuat.. cewaaahh.. Masa  ni lepas waktu melawat, jadi aku lepak di ruang menunggu dengan peminat setia yang menunggu. Pukul 4.00 petang aku sudah mula rasa tak selesa. Aku pun masuk wad konon nak tidur. Masa tu dah mengeliat-mengeliat tapi masih maintain waras. Huhuhu. Pukul 5 petang masa melawat dan masa makan malam. Oleh sebab semua kawan-kawan pesan mesti makan sikit untuk tenaga masa nak push nanti, aku pun makan. Siap selera lagi makan lauk daging kicap. Huhuhu.

5.30 lepas makan rasa dah tak boleh hipokrit tahan duduk lama-lama dah. Hahahahaha. Aku baring dan Mr Sailor urut-urut. Sakit tu datang dalam 10 minit sekali. Lepas tu, oleh kerana bilik bersalin tu macam tiada orang, misi yang datang cek tu suruh ja masuk dulu. Masan i da pukul 5.45 petang.
Dalam bilik bersalin tu laaagi stress. Menyesal pulak masuk awal. Aku ingat pesan kawan-kawan, jangan nangis menjerit-jerit macam NNyonya Mansor dalam Ibu Mertuaku (ok.. ini aku reka). Nanti misi menyampah. Hahaha. Jadi aku pun diam-diam je. Kalau sakit aku pusing-pusing cari kedudukan yang menyelesakan. Hehehe. Sampai satu tahap staff nurse yang duty masa tu asyik tanya “Puan. Puan ok ke? Kenapa tak bersuara?” Eh.. misi ni. Kang aku nangis kuat-kuat kena marah pula. Huhuhu.  “Saya ok” Sambil cuba paksa senyum.
Kali kedua lepas lama aku senyap dia tanya lagi “Puam ok? Puan baru masuk Islam ke(mungkin sebab nama aku). Puan tau mengucap? Puan mengucap banyak-banyak. Puan baca la apa-apa yang puan tau ya”

Nak tergelak pun ada. Kalau ikut kelaziman, dengan ramah aku jelaskan yang aku nib la blab la.. Nama tub la blab la. Tapi dalam menahan sakit tu, aku senyumkan dan iyakan aja.. Hehehe. Mengiburkan juga staff nurse ni.
Owh. Perasan tak aku tiada sebut pasal ‘pelanggan’ lain? Itu sebab dalam bilik bedah tu aku seorang sahaja bersama 2 orang nurse yang bertugas tu. Rezeki la kiranya sebab JIKA semua berjalan dengan baik, Mr Sailor boleh bersama-sama aku semasa proses kelahiran. Dia di luar pun diberikan penerangan ringkas dan sign paper untuk masuk ke bilik bersalin bila masa sudah sampai. Aku sempat dengar azan Isyak sebelum misi datang tengok carta CTG yang dilekatkan pada perut aku. Muka misi tu macam wajah tenang yang menyenbunyikan kegusaran. Cewahh. Hahahaha.
Aku suspect ada sesuatu yang tak kena bila dia panggil nurse yang seorang lagi tu. Aku tanya juga kalau ada apa-apa yang tak kena. Nurse tu hanya jawab tiada apa-apa dan suruh tenang sahaja. Bila diorang da mula kalut telefon doktor yang ON CALL, aku tau ada yang tak kena, Tapi aku pun tenang ja sebab aku pun tak tau apa yang tak kena.

Bila doktor sampai, dia jelaskan yang jantung baby mulai lemah. Atau istilahnya fetal distress. Doktor yang bertugas tu Dr Fikriayah. Dia jelaskan yang kena lakukan pembedahan. Sedikit pun aku tak sedia dengan kebarangkalian untuk pembedahan. Ada juga terlintas untuk menolak tetapi reflex angguk aku lagi cepat. Dan syukur aku angguk masa tu. Lepas Mr Sailor yang da stand by tunggu kena panggil dimaklumkan dan sign segala papers, aku pun disediakan untuk prosedur caesarean.

Bila aku disorong keluar dari bilik bersalin untuk ke bilik bedah, aku tengok mak aku nangis air mata berjurai-jurai. Aku pula jadi confuse. Teruk ke keadaan aku? Hehehe. Biasalah, hati seorang emak. Sampai kita dah nak jadi mak pun dia tetap anggap kita anak kecil J

Masuk dalam bilik bedah tu pasukan yang nak jalankan pembedahan sudah ready. Aku Cuma ingat Dr Wahida sebagai anaesthetic masa tu sebab dia comel. Hehehe. Yang lain semua da pakai topeng dan scrub bagai jadi tak boleh nak tau comel ke tak. Hehehehe.

Masa Dr Wahida tu terangkan, dia jelaskan yang akan bius separuh saja. Aku punya panic masa tu siap cakap “Dr, tak boleh bius tidur? Saya takut saya panic nanti kalau tertengok darah.”  Ok. Rasa tak cerdik pulak cakap sebab macam tu.

“Tak, nanti kita tutup. Puan tak akan nampak. Bius separuh badan lebih baik blab la bla” Aku da tak ingat apa dia cakap sebab aku da tak focus. Huhuhu. Kesimpulannya, bius separuh.
Panik hokey even lepas kena cucuk jarum di tulang belakang. Aku serius tak bergerak masa doktor tu suntik sebab aku imagine kalau aku gerak nanti tulang belakang aku himpit jarum dan kjarum patah dan jarum yang patah akan masuk salur darah dan ke otak -_________- exaggerate gila kan? Hahahahaha. *boleh gelak guling guling*

Rasanya pembedahan tu tak lama. Sepanjang pembedahan yang aku ingat aku kesejukan sampaikan menggigil la jugak. Doktor letak blower bagi angin panas pun aku masih rsa sejuk. Mungkin sebab darah hilang dari badan.

Oh ya. Satu lagi. Oleh sebab ini kes Emergency LSCS (cewahh.. saja nak nunjuk cakap term doktor-doktor guna.. Hahaha), maka aku tak bersedia dalam aspek pemakaian barang kemas. Manalah aku nak tau kan. Aku tak terfikir pun nak tanggal cincin, gelang dsb (dsb konon.. padahal memang pakai 2 ketul tu ja pun.. hehe). Gelang tiada masalah. Tapi cincin tu…. Dah letih staff nurse dan doktor gilir-gilir cuba buka tapi degil. Almaklum time tu tangan dah makin gubussss. Akhirnya diorang salut cincin pakai tisu dan selotape. Menyesal tak ambil gambar masa tu. Hehehe.
Ok. Balik cerita tadi. Doktor Wahida sentiasa nak pastikan aku sedar. Jadi dia lebih kurang laporkan apa yang doktot-doktor lain buat. Sampailah bahagian “Ok.. Kejap lagi baby keluar…. Ok.. baby da keluar. Kejap ya..”

Selang beberapa saat aku dapat dengar tangisan seorang baby. Alhamdulillah. Lega. Perasaan? Maafkan aku sebab aku rasa gembira biasa-biasa sahaja. Tiada adegan bercucuran air mata. Aku cuba juga cari perasaan itu tapi tiada.. Sedihkan… :(
Bila doktor angkat baby bagi aku tengok.. Perkara pertama yang terlintas ialah “Oh. Ni j aka baby yang dalam perut” T__T

Nampak tak betapa 9 bulan belum cukup menyuburkan sifat keibuan dalam diri aku. Sebab itu dalam Part I aku cerita bagaimana aku tak suka sangat budak kecil. Sebab aku nak kaitkan dengan situasi aku masa mula-mula bersalin anak sulung aku sendiri. Alhamdulillah sekarang aku rasa akulah manusia paling penyayang kanak-kanak kot. Hehehe. Perancangan Allah jugalah yang terhebat :)

Selepas baby dikeluarkan, nurse mandikan baby dan tolak baby ke mana aku pun tak tau sementara doktor selesaikan jahit atau gam bukaan pembedahan tu. Rupa-rupanya di luar dewan pembedahan pun ada juga peristiwa lucu.

Mr Sailor cerita masa diorang tunggu di luar tu, ada nurse tolak katil baby keluar dari bilik pembedahan. Mr sailor tengok baby yang dalam baby cot tu mata terbukak luas seolah-olah melihat. Dalam hati Mr Sailor “Ish, anak siapa ni baru lahir da buka mata”. Lepas seketika baru dia sedar… mana ada orang lain dalam dewan pembedahan tu ecuali aku! Hahaha. Barulah dia terkocoh-kocoh panggil balik nurse yang semakin menjauh dan tanya “Anak saya ka?” Hahaha. Begitulah lebih kurang. Hehe.

Muhammad Ryyan lahir dengan sempurna sifat. Pada permulaan memang aku rasa kekok dan janggal. Pernah sekali dua tiga kali tersasul panggil adik. Hehehe. Sepanjang berpantang mak yang jaga aku. Kasihan juga dengan mak yang da penat jaga dari kecil, bila da ada anak ni kena jaga lagi. Sungguhlah syurga di telapak kaki ibu :’(
Banyaknya yang telah berlaku. Lama sudah rupanya jejak-jejak itu ditingglkan :)

2 comments:

Liza Othman said...

jen,
yg part nanas tu memang sama! masa pregnant memang terliur betul nak makan nanas. nampak sedap sungguh! time tak pregnant tak ingin pun, entah la nape...

~Ibu Anggun~ said...

Betul.. betul.. bukan minat neneas pun. Huhu. Ni la namanya bawaan budak kan.. ;)