Wednesday, February 09, 2011

Monolog pagi

Assalamualaikum :)

Tengok.. tengok.. aku bukannya hanya guru yang nampak kelemahan sistem sahaja. Jadi guru ni pun ada saat yang kita rasa bertuah dan bersyukur jadi guru. Bukanlah maksudnya selama ni aku tak bersyukur, cuma apabila datang ujian dan cabaran tu, mestilah kadang-kadang tersentap juga dan biasanya yang menjadi penghibur adalah apabila bersama pelajar.

Bagi guru, pelajarlah racun, pelajarlah juga penawar :)

Seperti yang pernah aku bebelkan dalam entri sebelum ini, aku diberikan tugas mengajar kelas tingkatan empat. Daripada 10 buah kelas tingkatan 4, aku bertuah kerana terpilah mengajar pelajar yang dilabelkan sebagai pelajar kelas hujung. Kelas ke 7 & 8 iaitu Tingkatan 4B dan 4A yang purata bilangan pelajar dalam sekelas ialah 35 dan kelas 4A tu pla semua pelajar lelaki. Fuhhh! Memang mencabar.

Aku tak suka melabel pelajar. Bagi aku aku rasa semua pelajar adalah unik. Kadang-kadang dan sebenarnya sentiasa aku rasa simpati dan kasihan kepada pelajar sebegini sebab mereka dianggap bukan pelajar pandai hanya kerana mereka tidak menguasai Sains dan Matematik dengan baik (dibaca : tidak mendapat A, B dan C dalam PMR). Walaupun aku pelajar aliran Sains Tulenn dulu, tapi aku rasa ini sangat tidak adil.

Sistem pendidikan kita tidak berlaku adil.

Maka dengan wujud persepsi bahawa pelajar yang ini tidak berpotensi besar dalam akademik. Kenapa begitu??????

Aku rasa semasa kursus perguruan dulu (lebih lebih lagi guru yang sememangnya mengambil ijazah perguruan) bakal guru telah dideahkan oleh konsep "multiple intellegence". Konsepnya ala setiap pelajar mempunyai kekuatan pada bidang yang tersendiri dan tidak semua pelajar sama.

Aku setuju. Kasihan pelajar aliran sastera yang merasakan mereka tidak penting. Aku pernah bersoal jawab dengan pelajar dan daripada perbualan tu aku dapati bahawa pelajar yang bukan aliran Sains memang kurang motivasi untuk belajar kerana mereka merasakan tiada apa di hadapan untuk mereka. Sudahnya, mereka jadi pelajar yang liar.

Entah.

2 comments:

Unknown said...

mmg pon..dulu ms skolah cikgu siap mrh org kwn ngan dak akaun, eko n PD..org pon pelik..mcm special sgt je kelas sains..alsnnya tkt terikut dorg..mgkin result dorg krg bagus tp bknnya dorg jht

~Ibu Anggun~ said...

ntah la ila.. pelik jugak cekgu sendiri yang wat gitu..

Bagi saya, x kisah la macam mana tak cerdik/pandai pelajar tu.. asalakan jangan biadap atau kurang ajar. Tu dah cukup. Sebab tugas cikgu memang untuk bagi ilmu, kan.. ;)