Tuesday, September 06, 2011

Al-Fatihah..

Assalamualaikum...

Saat yang agak beremosi bagi aku.

Beberapa waktu ni, asyik teringat guru Bahasa Inggeris yang mengajar kelas aku Tingkatan 4 dulu. Guru yang sederhana tetapi sentuhannya berjaya membuatkan aku ternanti-nantikan masa bahasa Inggeris.

Semalam terbaca status cg Nortezam memaklumkan Teacher Norhayati telah meninggal dunia pukul 10 malam (5 Sept 2011).

Semasa di Faris dulu, aku bukanlah pelajar yang 'juruh'.. mungkin lebih kepada pelajar yang 'nakal?' bagi ketegori puteri-puteri.. Tapi aku bukanlah pelajar yan tidak mengenang jasa guru..

Hanya sekejap sahaja rasanya arwah Teacher Norhayati mengajar subjek Bahasa Inggeris kelas kami (4 Alpha 1999) sebelum sukarelawan Anna dan Claire datang untuk satu program yang aku sendiri tak pasti. Yang pasti, aku lebih menantikan kehadiran Teacher Norhayati berbanding kakak manis itu.

Berjauhan dari keluarga menjadikan aku seorang pelajar yang agak keras hati. Mungkin dalam melawan perasaan 'homesick' terzahirnya sikap degil dan sebagainya. Seingat aku aku memang sangat gemar menulis diari (dan rakan-rakanny dengan 'gemarnya' membacanya.. ;p). Apabila arwah meminta kami mewujudkan satu jurnal sebagai salah satu cara meningkatkan kemahiran menulis, aku serta merta teruja. Walaupun hanya beberapa peristiwa yang sempat aku kongsikan dengan arwah (semasa arwah menanda jurnal), tapi kesannya amat mendalam. Seolah-olah aku membuka sebahagian rahsia diri.. mungkin the softer side of me dengan arwah.

Arwah mungkin tidak menyedari kesan yang arwah tinggalkan terhadap diriku. Aku menyesal sebab lebih malang.. aku pun tak sempat memberitahu arwah betapa jurnal itu besar maknanya bagi aku.

Sedih. Emosi sikit.

Even though I wasn't not a very good student, but deep inside me, I sincerely love my teachers and thanking them for whatever they made me today.

Teacher, this is for you..

Nota untuk diri : Bertindak sebelum terlambat.

Tolong sedekahkan al-Fatihah buat arwah. I'm going to miss u teacher............

No comments: